MERDEKA?

MERDEKA?

MERDEKA!!!
Jika itu bererti
hidup perkasa mati mulia
nafas terlepas dalam puas
kerana hidup beralas syariat
sebagai individu, negara dan masyarakat
kepada manusia sejagat ditebar rahmat
tanpa jemu dan penat
mati pula disambut salam malaikat.

Itulah merdeka sebenar dalam hakikat!

More

Di Gerbang Ramadhan.

hilal

Di Gerbang Ramadhan.

Gementar hati menanti
panas suci sinar mentarimu
berdebar sanubari mencari
dingin hening cahaya purnamamu.

Pabila terkenang hadirmu
tergenang air mata rindu
pabila namamu diseru
menerpa semerbak harum di kalbu.

Oh, syukur ini tak terbendung
atas kesempatan menerima kunjung
ku sambut dikau penuh sanjung
ibarat mengharap tiada penghujung.

More

Bingkisan Suara Perjuangan II (Engineered Version)

Assalamualaikum,

Di sini ana ingin kongsikan deklamasi sajak ‘Ayuh Berdiri’ (versi asalnya di sini) yang telah disunting oleh akhi Jebbat (jebbat.blogspot.com).

Atas usaha beliau itu, ana ucapkan jutaan terima kasih. 🙂

More

Bingkisan Suara Perjuangan 1

Assalamualaikum,

Berikut adalah audio deklamasi sajak ‘Ayuh Berdiri’ yang saya dedikasikan kepada para pemuda dan pemudi yang memikul dakwah tanpa penat dan lelah dalam usaha untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan.

Memandangkan ini adalah percubaan pertama saya maka sudah tentu mutu penyampaiannya tidak berapa memuaskan tapi diharap para pengunjung sudi-sudikanlah untuk menghayatinya. 🙂

More

Monolog Syahdu Di Baki Waktu.

Dalam duduk termangu
di muara senja syahdu
ku lihat jejalur merah
mula hilang cerah
dalam resah
aku pasrah.

Di sini,
Aku mengimbau waktu yang lampau
pagi, tengahari dan petang
yang tak mungkin lagi datang
setelah habis dimamah nafasku
dalam senyap di sunyi waktu
bagaikan rayap menjamah kayu.

More