Yang Terhapus dan Terbuang.

Yang Terhapus dan Terbuang.

Kapitalisme!

Bila tiba waktumu
Aku mahu kau tahu
Tak seorang kan tersedu
Tak juga aku!

Tak perlu kau tangisi
Sorak-sorai itu.

Kau itu petunjuk songsang
Dari sampah peradaban terbuang.

Biar rontamu menguras nafasku
Tetapku heret kau untukku cincang
Ku hapus ku buang.

Mahu ku tatap
Khilafah berdiri!

Walau sehari
Sebelum darahku
Henti berlari.

Fikrul Mustanir
24 Feb 2010.

Advertisements

Pabila Suara Kau Kehilangan Bunyi.

Pabila Suara Kau Kehilangan Bunyi.

Pabila suara kau kehilangan bunyi
buntu berdepan nyaring suara kami
tangan kau pun melafas lantang
suara di kerongkong yang tersengkang

Kau menekup keras mulut kami
cuba merendam suara nyaring tinggi
setelah hitam makar kau dibakar hancur
merah hati kau pula disambar lecur.

Lontaran tangan kau bersuara keras
setelah tajam kata kami menoreh merih
memancut darah kau menyembur deras
meronta-ronta di puncak pedih.

Sebelum kaku menerpa tiba
kau cemas berbicara
dari lidah tangan kecewa.

Kami?
Eh, dalam tubuh disangka kerdil ini
darah berani masih laju berlari?

FM
22 Feb 2009

Hari Duka Itu Bernama Valentine.

Hari Duka Itu Bernama Valentine.

Uda dan dara
bercanda dalam talian
menyusun aksara-aksara
membina cinta murahan.

Di 14 Febuari nanti
coklat dan mawar merah
kepada dara kan diberi
madah Uda ke Dara terpanah.

Longlai Dara menatap layar
berputik rindu di tangkai hati
berbisik Dara di senyum lebar
“Di hari itu kan ku korbankan apa yang dimiliki
demi cinta yang mula bersemi.”

More