Monolog Syahdu Di Baki Waktu.

Dalam duduk termangu
di muara senja syahdu
ku lihat jejalur merah
mula hilang cerah
dalam resah
aku pasrah.

Di sini,
Aku mengimbau waktu yang lampau
pagi, tengahari dan petang
yang tak mungkin lagi datang
setelah habis dimamah nafasku
dalam senyap di sunyi waktu
bagaikan rayap menjamah kayu.

Ah, senja ini datang terlalu cepat bagiku
baru tadi rasanya ku nikmati
…lazat segar embun pagi
…nyaman di redup rancak sinar tengahari
…gemersik merdu bayu petang di kali
kini semua itu berlalu pergi
meninggalkan ku tanpa menoleh
untuk kembali.

Di muara senja syahdu
ku duduk termangu menghitung bekal
di saku pakaian harianku
sebagai penentu mutu kamar tidurku
di malam yang panjang
yang kian menjelang.

Juga buat bekal
bila tiba hari baru di alam abadi
setelah bangun dari tidur malamku yang panjang nanti.

Kira-kira cukupkah?
Kepada Pemilik Abadi
dalam gelisah
aku berserah diri
semoga di sana tidak ku tempah
kekalahan yang abadi!

Fikrul Mustanir
8 Ogos 2009

8 Comments (+add yours?)

  1. Samurouh
    Aug 08, 2009 @ 05:51:15

    salam,Macam sajak kematian je bunyinya.

    Reply

    • fikru1mustanir
      Aug 08, 2009 @ 13:33:42

      Wa alaikumussalam,

      Sajak untuk mengingati mati… menuju kehidupan yang kekal abadi.

      Mengingati mati itu adalah mandub.

      Reply

  2. Tufail
    Aug 09, 2009 @ 06:24:03

    bagus sajak ni…mengingati mati akan melembutkan hati yang keras. menambah khusyuk dalam ibadah, menggentarkan ego dan memotivasikan amal soleh…: )

    Reply

  3. Samurouh
    Aug 09, 2009 @ 13:24:26

    salam ziarah lagi sekali hehe harap enta xhilang idea dalam berpuisi kerana puisi enta memang ilmiah ya akhi.Ingat nak save utk wat presentation huhu

    Reply

    • fikru1mustanir
      Aug 09, 2009 @ 23:55:42

      Wa alaikumusalam,

      Semoga doa anta diperkenankan… memang payah nak dapat idea utk menulis ni sebenarnya, tapi alhamdulillah dengan tsaqafah dari HT ana mampulah juga menulis sebaris-dua.🙂

      Sebenarnya pemikiran Islam (yang diajarkan oleh HT) ini sememangnya terbukti canggih sehingga mampu mencungkil dan mengilap potensi yang kita miliki, walaupun sebelumnya tak pernah kita tahu ianya ada. Jadi tak hairanlah ketika di era gemilangnya dahulu pemikiran Islam telah mampu melahirkan individu-individu yang mentercenggangkan dunia peradaban manusia.

      Sayang, tidak seperti anta yang menemui HT di usia remaja, ana jumpa HT agak lewat iaitu di awal usia 30’an setelah banyak usia muda ana habiskan pada perkara-perkara yang kurang berfaedah sehingga potensi yang ada ketika remaja itu hilang sia-sia. Oleh itu nasihat ana kepada anta, kajilah pemikiran ini bersungguh-sungguh (kerana anta masih memiliki kelapangan masa dan kekuatan tenaga) dan gunakanlah ia dalam memimpin perbuatan sendiri dan umat, di dunia sendiri anta akan dapat melihat dan mengecapi manfaatnya sebelum manfaat hakiki darinya anta perolehi di akhirat.

      Berkenaan dengan niat anta nak buat presentasi sajak ana tu, ana persilakan dan ana sentiasa bersedia untuk berkongsi pahala.🙂

      Jika anta mampu mendeklamasikannya dengan baik ana ucap tahniah, sebab ana sendiri bukan seorang deklamator yang baik. Menulis sajak dan medeklamasikannya adalah 2 hal yang berbeza.

      Ana menulis ni pun secara tak sengaja dan atas dorongan akhi Ghazi. Kepada beliau ana ucapkan terima kasih kerana ‘menolak’ ana ke dalam ‘sungai yang penuh buaya’ ini. Sehingga kerananya ana ‘terpaksa berenang secepat perenang olimpik’. Sedangkan sebelumnya ana sendiri pun tak tahu yang ana boleh ‘berenang’!!! Hehehe!🙂

      Wasalam.

      Reply

      • muhammadghazi
        Aug 11, 2009 @ 15:27:24

        Salam… hehe tak sangka rupanya ana yang berperanan “menolak” akhi FM ke dalam “sungai”… Karya “Mari Ganding Tanganku” merupakan titik tolak yang menarik minat ana terhadap karya dan lenggok bahasa FM. Syabas dan tahniah kepada akhi FM atas bakat dan juga kesungguhan akhi dalam berdakwah. Ternyata FM merupakan seorang daie yang idealis dan puitis. =)

  4. fikru1mustanir
    Aug 11, 2009 @ 19:56:18

    Salam akhi Ghazi,

    Jangan tolak ana lagi…ana dah tak larat nak berenang lagi dah…!!! Hehehe!

    Wasalam.🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: