Salam Idul Fitri: Ibu Yang Pergi Itu Akan Kembali!

 

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

More

Warkah Untuk Imperialis

Rotation of imperialism

Warkah Untuk Imperialis.

Kepada raja hipokrasi
yang menoda realiti
dengan janji-janji ilusi
dikabut konspirasi.

Kau punya seribu wajah
mulus untuk menjarah meratah
tika mangsamu terlena
dirasuk mentera pesona.

Kemunafikan hanya menempa kebencian
makar pasti kehabisan bahan
telah tiba masanya kini
tersingkap wajahmu hakiki
walau wajahmu seribu
tak kan hilang wajahmu yang satu itu.

More

Ironi Rela Kartika.

kartika

Ironi Rela Kartika.

Kepada Kartika yang terleka
menghirup dosa dicangkir noda
dibalik deru dan hempas angin
menyapu dingin pantai Cherating
ketika Kartika melepas kepingin
ada mata yang lapar terpancing.

Mengheret dia ke kamar bicara
dijatuh hukum kerana angkara
menghirup dosa dicangkir noda
…tak lah setimpal mana
cuma denda lima ribu Ringgit Malaysia
dengan sebatan enam sahaja.

Kartika terima dera dengan rela
terdetik untuk membersih dosa
eh, kenapa Sharizat yang gundah
Najib pula yang gulana?

More