2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 11,000 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 18 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Dunia membisu.

Di sini firdausi seindah khayali
menarik mata melirik sejuta
dihiasi kota-kota lama penuh cerita
bak butiran mutiara di kalungan masa.

Sedang di angkasa terbang leluasa
jentera rakus Syaitan Damaskus
mengugurkan api bencana insani
meruntuh tradisi mulia nurani.

Selama empat dekad kezaliman merembat
bahagia penghuninya termamah lumat
kemuncak derita berkunjung akhirnya
tiada beza haiwan, pepohonan dan manusia
semua mangsa tertampar duka. More

Penghargaan Dari Seorang Kawan.

Assalamualaikum,

Izinkan saya kongsikan di sini sebuah puisi dari seorang kawan:-

Izinkan aku menulis disini

baru hari ini aku sampai ditaman ini..
taman indah yang dirangkai dengan kata yang tersusun rapi..
baris demi baris kususuri…
walau mungkin tak genap 26 huruf yang kau pakai…
tapi sungguh kau telah berjaya menggambarkan isi hati…

semuga yang berhaq mengabulkan doaku ini..
semuga perangkai taman ini sentiasa dirahmati..
ditambahkan ilmunya dengan ilmu yang sejati…
dikuatkan semangatnya dengan kesabaran yang suci…
sehingga sajak-sajaknya dapat meluruskan hati-hati kami…

harapanku pada penjaga taman ini..
tetaplah menulis dengan sepenuh hati..
kalaupun tak kita hari ini…
mungkin anak cucu kita nanti..
yang akan menjadi saksi mimpi kita hari ini…

fikrul mustanir yang dihormati…
semuga apa yang kau tulis disini…
menambah bekal perjalananmu nanti..
bukan setakat perjalananmu di bumi…
bahkan lebih terasa lagi nanti setelah mati..

Arif_Fachrudin
Ponorogo 110325

As Syam.

406578_401146203293795_1544981647_n

Syam,
Di saat kecamuk di ambang akhir
senyum terkuntum seribu butir
lalu darah kering yang dulu mengalir
menuntut janji yang mungkin mungkir.

Burung nasar pun hinggap di ranting pinggir
merenung sasaran yang ditabir
di balik roti dan cangkir air
menipu mereka yang tersasar fikir.

Syam,
Ingatlah ketika kau dihujani batu
kawanan burung itu hanya membatu
walau kau pilu merayu bantu
mereka hanya berkicau kaku.

More