Badut Anatolia yang Arogan

erdogansharon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Badut Anatolia yang Arogan

Gemuruh suara perjuangan itu
rupanya menganggu gairah komidimu
setelah beberapa purnama yang lalu
pentas komidi Davos telah melonjak namamu
tinggi mencecah awan biru.

Di pentas itu
dengan berani kau berjenaka
tak seperti biasa…
jelir lidah dan cebik muka
kau lemparkan ke wajah badut zionis selamba.

Dengan lagak bak kesatria
kau hayun langkahmu perkasa
meninggalkan Davos bermulut ternganga
terpinga-pinga melihat komidi tak disangka
walau itu lakonan cuma.

More

Advertisements

Seloka Babi dan Barbie.

dolls

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum,

Sajak ini saya buat 3 bulan yang lepas. Ia pada mula hanya sebagai komentar disebuah blog rakan (di sini) di awal-awal H1N1 mula melanda. Selepas beberapa pindaan, ia saya siarkan pula di sini untuk dikongsi bersama:-

Seloka Babi dan Barbie.

Bagi si mata batu
keduanya jauh berbeza
bagaikan…
sudu dan garpu
‘eyes shadow’ dan gincu.

More

Khayal Karung Nikmat Amal Kurang Teramat.

I

Ku tahu…

Dunia ini adalah medan tempur yang mungundang duka dan luka
dunia ini adalah meja taruh yang mengundang kesah dan gelisah
dunia ini adalah penjara yang mengundang sengsara dan derita
dunia ini adalah ladang yang mengundang susah dan lelah.

Namun jika itu kerana Allah
dengan segala Janji-JanjiNya
semuanya, insya’Allah
tiada terasa payah!

II

Ku harap bagiku…

Akhirat itu adalah tempat bersenang-lenang
tiada susah yang hendak dikenang.

More

Antara Hidup Melayu dan Satu Malaysia

Dahulu corong-corong suaramu
yang tergantung kaku di menara bisu
dengan nyaring tanpa merdu
melontarkan kata Hidup Melayu!

Kata yang lahir dari rasa
ingin lihat bangsa perkasa
setelah berabad terhina
duka terluka hilang segala

darjat dipijak
harta dirompak
ketuanan dikoyak
oleh penjajah asing yang bongkak.

More