Ali Perjaka Sejati.

r486574031

Foto dari Reuters

Ali Perjaka Sejati.
(Sanjungan buat Ali Hassan Hemidan,
yang gagah berani berdiri menyatakan kalimatul hak
di hadapan Tony Blair dalam lawatannya ke Mesjid Ibrahim, Palestine.)

Di baris-baris aksara
terayam selembar berita
membakar semangat satria
kami-kami yang lena.

Ah, tubuh mu kecil sahaja
seperti kami-kami juga
di tanganmu tidak terlihat senjata
jari yang lima cuma
tiada berbuku pula.

Di sumbu keyakinan mulia
keberanianmu menyala
membakar topeng senyum tersunging
algojo pembunuh yang zalim.

Keyakinannya Tidak Mati-mati

Keyakinannya Tidak Mati-mati.

Terbelah pecah dadanya, terlindung gelita malam,
Awan berarak seketika, merasa tersentuh jua,
Rimbun daun menyaksikan pada nafas penghabisan,
Tetapi keyakinannya tidak pernah mati bersama.

Apakah dapat dimatikan dan dimusnahkan
Pada kepercayaan yang dalam tertanam?
Manakah penabur baja yang tajam kejam
Maka tertembus benteng waja keyakinan.

Terdedah luka dalam pucat wajah,
Masih ada keteguhan di mata yang tidak pejam,
Bersimbah darah meresapi bumi dipijak,
Semangatnya terus bersama rakan yang melanjutkan.

Itulah wajah keberanian dan keyakinan
Kaum perjuangan yang tidak terlumpuhkan!

Usman Awang
1958

KIDUNG BUAT FEMINIS

KIDUNG BUAT FEMINIS

Perempuan bertiara feminisme
menyusuri lorong berliku
kering penuh terbangan debu
tebal menutup setiap penjuru
melakar ganas warna hitam
di kanvas biru langit malam.

Sedang dian iman yang digenggam
cahayanya telah kelam
panasnya tinggal suam
apinya hampir padam
diterjah ribut barat
dalam deru kesumat
dalam pusar keparat.

More

Pabila Tuhan Berbicara Kepadaku.

Assalamualaikum,

Sebuah lagi masukan, untuk mengisi ruang kekeringan idea untuk berkarya, kiriman dari seorang rakan seperjuangan.

Di sini saya hadirkan sebuah karya salah seorang murid Imam Ahmad yang benar-benar menampar kesedaran saya,  supaya sentiasa bersiap-siaga menghadapi tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya.

Semoga ia memberi keinsafan kepada kita semua.

Wasalam.

  More

Elegi Pasca Bencana.

Assalamualaikum,

Dalam mengisi ruang ketandusan idea untuk berkarya dan imbauan kepada peristiwa bencana alam yang kerap belaku sekarang ini, di sini saya hadirkan karya seorang penyair dan pemusik yang saya minati sejak zaman menuntut lagi.

Beliau ialah Ebiet G Ade. Semoga ia dapat menghiburkan dan memberi keinsafan kepada para pengunjung blog saya ini.

Wasalam.