Jangan Di Sini Berhenti.

Jangan Di Sini Berhenti.

Ayuh, pemuda Medan Tahrir
jangan di sini kau berhenti
buah ranum itu di depan lagi
sisa sedikit derap kaki
kan kau petik pasti.

Buah duri tiga dekad meluka
telah kau campakkan ke neraka
telah tumpul busuk duri kuasanya
dihurung benci dan hina.

Jangan kau jamah pula
buah kebebasan hidangan sekular
itu hanya ilusi bahagia
sejenak pesona
selamanya derita
darah tertumpah
dikhianat leka.

Walau kulit selembut sutera
titis sarinya sembilu menghiris
walau warna menyilau mata
gebu putih getahnya melepuh bengis.

More

Advertisements

Medan Tahrir: Januari 2011

Wahai Pemuda Medan Tahrir
di danau takdir,  telah kau dayung perahu derita
untuk menyunting teratai bahagia.

Keberanianmu merapi menggandung api
melebur pagar kejam melingkari.

Semangatmu ombak menggunung tinggi
menggulung angkuh Husni yang tak diberkati.

Tekadmu taufan berpusar ngeri
meruntuh singgahsana durhaka keji

Di Medan Tahrir telah terjulang piramid
monumen perjuanganmu yang suci.

More

Nasib Si Durhaka.

Salam,

Berita tentang jatuhnya Hosni Mubarak semua telah tahu. Ia adalah berita hangat yang mengemparkan dunia sekarang ini.

Beliau sepanjang pemerintahannya sentiasa melindungi kepentingan barat dan Israel dan mengorbankan kepentingan Islam dan rakyatnya sendiri. Tapi apakah yang beliau perolehi dari sahabat-sahabat yang bergitu rapat dengannya dahulu? Semua mereka telah meninggalkannya…termasuk Amerika!

Susuk tubuhnya sekarang menjadi bahan jenaka oleh rakyat dan yang ironinya pihak yang sentiasa dijaga kepentingannya oleh beliau semasa berkuasa juga turut mempersendakan beliau.

Bergitulah nasib si durhaka kehinaan di dunia telah nampak nyata, di akhirat azab yang pedih dari Allah menanti pula.

Beliau bermula bak sang harimau perkasa. Akibat durhaka, berakhir dia seperti keldai yang hina!

Semoga kisah beliau dijadikan tauladan oleh pihak tentera yang berkuasa sekarang ini. Harap mereka dapat merenungi nasib yang menimpa dua orang pelindung ‘Perjanjian Damai Camp David’ sebelum ini. Rakyat Mesir yang mulia itu tidak akan membiarkan mereka jika pengkhianatan kepada Islam berlaku secara nyata.

 Wasalam.