Goutha: Nisan Kemanusiaan.

Imej
Goutha: Nisan Kemanusiaan.

Payah dia menghela nafas
Basah tubuh peluh berlengas
Di pangkuan bapa berwajah cemas
Memanggil namanya dengan suara yang keras.

Si anak longlai tidak bermaya
Turun naik dadanya kian menyiksa
Bapa tak henti mengusap dada
Yang telah dipenuhi udara bertuba.

Mata si anak kian redup menolak cahaya
Di hospital sederhana tanpa upaya
Di bola matanya, semakin kabur wajah bapa yang membelai
Dibayangi panggilan mesra malaikat melambai

Ibunya sebulan dahulu telah mati
Terputus nafasnya juga di hospital ini
Dadanya dibocori peluru penembak curi
Dalam perjalanan ke rumah membawa roti.

Kegilaan apakah ini
Ratusan ribu nyawa tak dihargai
Hanya kerana seekor jembalang bertubuh insan
Dengan kebuasan penindasan berdekad cuba dipertahan?

Anak kecil ini tercunggap menghampiri mati
Di pangkuan bapa berjiwa besi
Walau seribu lagi anaknya kan pergi
Walau dengan seribu kekejaman yang lebih dari ini
Namun di dadanya, api revolusi tak kan pernah bersama mati!

Fikrul Mustanir
Ogos 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: