Pernah Satu Ketika.

Pernah Satu Ketika
(Sempena 89 Tahun Hijriyah Keruntuhan Khilafah.)

Pernah satu ketika
kau dikagumi dunia.

Pernah satu ketika
kau digeruni mereka.

Pernah satu ketika
kakimu membenam neraka
tanganmu menjulang surga.

Pernah satu ketika
sayapmu memayungi yang tertindas
di tajam kukumu tirani tewas tercantas.

Pernah satu ketika
padamu mereka mengemis suaka
meminta izin di lautan rayamu belayar bahtera.

Pernah satu ketika
di dunia gelita kau berdiri memegang lantera
memimpin manusia dengan cahaya pemikiran perkasa.

More