Selamat Hari Raya Korban.

Assalamualaikum,

Hari ini (16hb Nov 2010) adalah Eidul Adha, dengan itu ana mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kaum muslimin yang berkunjung ke blog ini.

Semoga ruh korban yang diserlahkan oleh Syaidina Ibrahim as dalam rela yang penuh kepasrahan ketika melaksanakan Perintah Allah SWT untuk mengorbankan anakanda kesayangan baginda, Syaidina Ismail as, dapat kita hayati dalam melaksanakan Perintah dan Larangan Allah dalam kehidupan ini.

Bergitu juga semoga ruh persaudaraan dan kesatuan Islam yang mewarnai ibadah Haji yang sedang berlangsung sekarang ini, syiarnya dapat kita pancarkan dalam kehidupan politik kaum muslimin melalui tertegaknya Khilafah Islamiyah ala Minhajin Nubuwah.

Ketahuilah, bahawa peristiwa Baiatul Aqabah yang membawa kepada tertegaknya Daulah Islamiyah di al Madinahtul Munawarah dibawah kepimpinan Rasulullah Muhammad saw itu telah berlaku pada musim Haji. Demikianlah betapa eratnya ikatan ibadah Haji dengan politik, bagi kita Umat Muhammad saw ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Walillah ilhamd.

11 Comments (+add yours?)

  1. ummuhanah
    Nov 16, 2010 @ 10:42:38

    selain wuzara, saya tahu fm juga beraya hari ni….walaupun rasa sedih, saya nak ucapkan juga selamat menyambut eiduladha utk fm. cumanya saya berharap benar tak de yg menuduh bidaah pada yg beraya esok, 😀 saya raya esok !

    Reply

    • fikru1mustanir
      Nov 16, 2010 @ 23:24:58

      Salam,

      Hari raya dalam Islam sentiasa tidak dapat dipisahkan dengan ibadah fardhu. Misalnya hari raya aidul fitri, ia tak dapat dipisahkan dengan ibadah puasa ramadhan. Ia seolah-olah sebuah perayaan yang meraikan kejayaan kaum muslimin dalam melaksanakan ibadah tersebut.

      Bergitu juga aidul adha, ia memiliki kaitan yang rapat dengan ibadah haji di Mekah (wukuf di Arafat). Oleh itu adalah satu yang luar biasa bila ada yang meraikan aidul adha tetapi memisahkan perayaan tersebut dengan peristiwa wukuf di Arafah. Sedangkan Arafah itu lokasinya adalah tertentu dan wukuf padanya juga pada waktu yang tertentu.

      Wasalam.

      Reply

  2. ummuhanah
    Nov 26, 2010 @ 03:28:10

    salam, kekeliruan berlaku bila ramai kalangan kita beranggapan idul adha hendaklah disambut mengikut eidul adha di negara arab saudi iaitu sehari selepas hari wukuf arafah sewaktu ibadat haji dan ini bersalahan dgn keputusan jawatankuasa fatwa kebangsaan dan keputusan majlis raja2.

    “daripada ummu salamah bahawasanya nabi saw bersabda: apabila kamu melihat anak bulan zulhijjah dan ada dikalangan kamu yg mahu berkorban maka hendaklah dia ( org yg hendak melakukan korban) jgn memotong rambut dan kukunya”

    hadis ini menjelaskan penentuan eidul adha ialah berdasarkan rukyah anak bulan zulhijjah.

    hadis dari Abi Hurairah ra
    ” bahawasanya nabi saw bersabda ” puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa( bulan ramadhan) dan hari raya puasa (idulfitri) adalah hari dimana kamu berhari raya dan hari raya korban (idul adha) adalah hari dimana kamu menyembelih(berkorban).
    Rasulullah saw menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada hari eidul adha( 10 zulhijjah) dan hari-hari tasyriq 11, 12 dan 13 zulhijjah.

    penentuan hari raya haji di malaysia tidak berdasarkan hari wukuf di arafah dan ibadat korban pula tiada kaitan dgn ibadat haji.

    istilah eidul adha masyur digunakan dlm hadis dan kitab2 fekah. Di Malaysia ia disebut hari raya korban dan ia memang sinonim atau bertepatan dgn istilah eidul adha…tapi tidak ada kitab hadis dan fekah yg menggunakan istilah ‘idul hajj” atau hari raya haji…sebutan hari raya haji adalah kesilapan krn yg wujud sebenarnya hanyalah ‘idul adha’..

    Reply

  3. ummuhanah
    Nov 26, 2010 @ 03:40:01

    hujah mazhab al syafi’i merujuk kpd dalil sunnah, qias dan lojik. Rukyah mestilah tertakluk kpd matla’ yg menunjukkan kpd waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan.

    dalil hadis ”
    Kuraib menceritakan bahawa Ummu Al fadl telah menghantarnya menemui Muawiyyah di negeri Syam. Kuraib berkata ” aku tiba di syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan pengishtiharan puasa ttg kelihatan anak bulan sedang berkumandang. Aku melihat anak bulan pd malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pd akhir bulan, pd masa itu aky ditanya oleh Abdullah Bin Abbas yg menyebut ttg anak bulan” katanya ” bilakah kamu melihat anak bulan ?” aku menjawab ” kami melihat pada malam jumaat! ” ibnu Abbas bertanya lagi, katanya” adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu ?” aku menjawab ” Ya, org lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa ” ibnu Abbas berkata ” kami di sini melihat anak bulan pada malam sabtu.oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan syawal. Aku bertanya ” tidakkah memadai bagi kamu dgn penglihatan anak bulan oleh Muawiyah dan pasanya?” ibnu abbas menjawab, “tidak! beginilah caranya Rasulullah saw menyuruh kami ” – riwayat imam muslim

    hadis ini menunjukkan ibnu abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk syam dan tidak menjadi kewajipan penduduk satu-satu negeri beramal dgn rukyah yg berlaku dinegeri lain (berlainan matla’ ).

    wallahuallam….saya tidak berniat mempertikaikan iktikad anda dlm sambutan aidul adha tempohari, cuma saya berdoa perbezaan ini mampu diatasi dan kita semua boleh datang dgn satu pandangan dlm hal ini….wallahuallam.

    Reply

  4. fikru1mustanir
    Dec 01, 2010 @ 14:41:45

    Salam,

    Pandangan yang menyatakan idul adha tiada kena mengena dengan haji hanya kerana ia tidak dipanggil ‘idul hajj’ adalah sesuatu yang pelik. Sedangkan 10 Zulhijjah itu datang selepas 9 Zulhijjah iaitu selepas hari wukuf di Arafah.

    Persis sebagaimana idul fitri yang datang selepas sempurnanya bulan ramadhan, iaitu bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Begitulah pula idul adha yang datang selepas sempurnanya hari wukuf yang merupakan rukun haji terpenting.

    Jika logik Ummuhanah diambilkira, maka idul fitri semestinya tidak ada kena mengena dengan ibadah puasa di bulan ramadhan. Sebab ia tidak disebut di dalam hadis mahupun kitab fekah sebagai “idus shaum atau idus syiam” (hari raya puasa) tapi sebagai idul fitri kerana padanya umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah.

    Tentang matla’ kita bincang lain kali…insya’Allah.

    Wallahu’alam.

    Reply

  5. ummuhanah
    Dec 02, 2010 @ 03:33:45

    fikrul, anda jangan putar belitkan tulisan saya, eidul adha tiada kaitan dgn haji bukan kerana tiada istilah eidul hajj, ia sebagai andaian kenapa kitab fekah tidak menyebut eidulhajj sebagai eiduladha. asasnya saya berpegang dgn pandangan ia tiada kaitan dgn ibadat wukuf yg merupakan salah satu rukun ibadat haji. Wukuf adalah ibadat wajib bagi yg mengerjakan haji sedang yg tidak mengerjakan haji disunatkan melakukan korban. Ada pun dalil baginda saw mengarahkan kita melakukan korban ialah pada eidul adha (10 Zulhijjah) dan hari2 tasyriq….dan tahun ini tarikh2 tersebut pula tidak sama antara negara kita dgn arab saudi…itu yg menimbulkan perbezaan.

    Reply

    • fikru1mustanir
      Dec 02, 2010 @ 06:09:00

      Salam,

      Terus terang saya nayatakan bahawa seharusnya umat Islam dalam menentukan idul adha mesti merujuk kepada hari wukuf di Arafah, yang ditentukan oleh pihak berkuasa Mekah berdasarkan rukyah mereka. Perkara ini dijelaskanoleh hadis:

      Dari Husain Ibn Al-Harits Al-Jadali, dia berkata,
      “Sesungguhnya Amir (Wali) Mekah pernah berkhutbah dan berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengamanatkan kepada kami untuk melaksanakan manasik haji berdasarkan ru’yah. Jika kami tidak dapat meru’yah tetapi ada dua saksi adil yang berjaya meru’yah, maka kami melaksanakan manasik haji berdasarkan kesaksian keduanya” [HR Abu Dawud dan Ad-Daruquthni]

      Di samping itu, Rasulullah juga telah menetapkan bahawa pelaksanaan manasik haji (seperti wukuf di Arafah, tawaf ifadhah, bermalam di Muzdalifah, melempar jamrah) harus ditetapkan berdasarkan ru’yah penduduk Mekah sendiri, bukan berdasarkan ru’yah penduduk Madinah, penduduk Najd atau penduduk negeri-negeri Islam lainnya. Dalam keadaan sekarang di mana tidak adanya Daulah Islamiyyah (Khilafah), penentuan waktu manasik haji ini pun masih tetap sama di mana ia tetap menjadi autoriti pihak yang memerintah Hijaz dari kalangan kaum Muslimin, meskipun kekuasaannya diperolehi dengan jalan paksa. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin di seluruh dunia wajib merayakan Eidul Adha pada yaumun nahr (hari penyembelihan korban) iaitu tatkala para jemaah haji di Mekah sedang menyembelih korban pada tanggal 10 Zulhijjah (sehari selepas wukuf di Arafah), dan bukan keesokan harinya (hari pertama dari Hari Tasyriq).

      Berkenaan dengan persoalan matlak yang digunakan oleh sebahagian orang untuk berbeza hari raya, perlu difahami bahawa menurut mazhab Syafie matla’ adalah radius 24 farsakh (120 km). Ini bermakna apabila rukyah hilal di Johor tidak boleh diguna pakai oleh penduduk Kedah atau Kelantan bergitu juga sebaliknya. Jelas bahawa alasan yang digunakan dengan mengambil hujah mazhab syafie oleh pihak2 tersebut hanya dalih untuk membenarkan kebatilan mereka kerana mereka tidak benar2 berpegang kepada mazhab tersebut.

      Isu rukyah di sini benar2 dilakukan dan diikuti juga boleh dipersoalkan sebab dalam takwim kerajaan tarikh 2 hariraya telah ditentukan awal tahun lagi dan tidak pernah bersalahan setiap tahun. Ini adalah sesuatu yang mustahil jika rukyatul hilal benar2 diikuti dan dilakukan.

      Wallahu’alam.

      Reply

  6. ummuhanah
    Dec 02, 2010 @ 20:42:20

    salam…
    saya mendapati perbezaan wujud kerana masalah keupayaan memahami dalil dan kecenderungan memilih pandangan. Perbezaan ini biasa. Selaku orang awam yang tiada keupayaan sebagai mufassir, saya bertaklid kepada pandangan ulama’ yang saya yakini hujah dan alasan mereka.

    ada pun dalam isu rukyah yang anda persoal, saya juga pernah mempertikaikan perkara ini. Kelihatannya seperti tarikh tersebut ditentukan sejak awal dan tidak wujud usaha rukyah di situ. Sebenarnya ia agak teknikal dan jawapannya dimiliki oleh ahli yg melakukan pengkajian dalam hal ini….termasuk ahli ilmu hisab rukyat dan astronomi. Saya cuba membacanya berkali-kali tapi gagal memahami mungkin kurangupaya saya terhadap ilmu ini. Namun saya rasa tenteram dgn kesungguhan kajian serta alasan yg diberikan. Anda boleh mencuba membaca di sini :

    http://sains.kompas.com/read/2010/11/16/09075675/Memahami.Perbedaan.Idul.Adha.1431.H

    Reply

  7. fikru1mustanir
    Dec 03, 2010 @ 08:32:05

    Salam,

    Terima kasih dengan link yang diberi, saya dah baca dan tak ada sesuatu yang baru mengenainya.

    Kewujudan 253 variasi dalam penentuan titik lokasi lahirnya hilal bukanlah alasan untuk berbeza hari raya sebab perkataan ‘kamu’ dalam redaksi hadis-hadis berkenaan rukyatul hilal adalah jemaah kaum muslimin, yang membawa maksud salah seorang dari mereka. Ini bermakna apabila seorang yang adil dari kaum muslimin menyaksikan anak bulan tanpa mengira nasionalitinya maka keseluruhan umat Islam harus menerima kesaksiannya itu.

    Dalam artikel tersebut dinyatakan kononnya mereka yang berpendapat tiada perbezaan hari raya telah terkeliru dengan sistem penentuan hari dalam kalendar masehi sebenarnya artikel itulah yang keliru. Faktanya sememangnya negeri yang ada di timur mendahului dari yang ada di barat dalam menerima hari baru. Perkara ini diterima oleh manusia sejak dahulu lagi dan tak ada hadis atau atsar yang sampai kepada kita yang menyatakan bahawa Rasulullah dan para sahabat ra membantah perkara ini. Sedangkan ketika sahabat Islam telah meliputi Parsi dan Rom.

    Jika artikel itu dikira benar bermakna hari Ahad di barat adalah lebih dahulu dari timur. Hakikatnya tidak bergitu jika dalam kalendar Masehi Ahad di timur lebih dahulu dari di barat bergitu juga dalam kalendar Hijrah.

    Jika hilal hanya dilihat di Mekah pada maghrib (7 malam) yang bermakna di Jakarta pukul 10malam (hanya selisih 4jam tak sampaipun 24jam) pada hari yang sama, tidaklah bermaksud bahawa 1 zulhijjah di Jakarta jatuh pada maghrib kesokan harinya. Sebab anak bulan itu telah ada kerana telah kelihatan di Mekah, cuma ia tak dapat dilihat di Jakarta. Bukankah bulan itu hanya satu?

    Wallahu’alam.

    Reply

  8. ummuhanah
    Dec 06, 2010 @ 10:58:40

    lucunya, anda mencabar keputusan anggota badan hisab rukyat kementerian agama….dengan keadaan anda rasa lebih arif , itu pun berdasar andaian dan kiraan kasar anda semata2….sedangkan mereka itu pula dianggap keliru sekalipun mereka ahli yang mengkaji dan mengaji bahagian itu.

    anda masih kemukakan lojik anda, dgn rujukan hilal di Mekah sebagai syarat penentuan hariraya, dan mengambil kira selisih 4 jam waktu dgn jakarta.Maka sepatutnya disambut pada hari yg sama. Sedang anda tahu, rukyat dilakukan mengikut lokasi masing2( saya sudah sertakan dalil hadis di atas ttg keharusan melakukan rukyat tanpa merujuk kepada rukyat di Mekah/Arab saudi) dan sekiranya hilal tidak nampak maka hisab digunakan yakni menggenapkan bulan tersebut. Anda amati tulisan ini :

    “Anggota Badan Hisab Rukyat Kementerian Agama yang juga Profesor Riset Astronomi Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional Thomas Djamaluddin di Jakarta, Senin (15/11), mengatakan, secara teoretis atau hisab, bulan sabit tipis atau hilal tidak mungkin diamati pada 6 November karena ketinggiannya di atas ufuk masih di bawah dua derajat. Hal itu juga didukung dengan data pengamatan yang menunjukkan hilal belum bisa dilihat atau dirukyat di seluruh Indonesia.
    Dengan demikian, bulan Dzulqa’dah atau bulan ke-11 dalam kalender Islam dibulatkan menjadi 30 hari sehingga 1 Zulhijah bertepatan dengan 8 November.”

    seorang ustaz ditempat saya berkata, dengan kecanggihan ilmu serta teknologi astronomi kini, bacaan ahli hisab hampir tepat maka kita harus menerima pakai kajiandan keputusan mereka….wallahuallam

    apo nak di kato, terpulanglah anda dgn keyakinan anda itu. saya tidak senang utk terus berselisihan atas perkara yg masing2 ada sandaran.

    beramal lah mengikut tahap ilmu yg sampai kpd kita, tidak usah berbalahan lagi. Ia fekah yg tidak mencemarkan akidah , insyaAllah.,

    selamat berjaya

    Reply

    • fikru1mustanir
      Dec 06, 2010 @ 13:34:19

      Salam,

      Hak anda untuk menganggap logik saya sebagai lucu.

      Cuma saya akan cuba lakarkan satu senario supaya akal anda mampu menggambarkan dan memahami apa yang cuba saya jelaskan dalam logik yang lucu itu tadi.

      Senarionya bergini, andaikan negara Indonesia yang ada sekarang sempadannya meliputi negara Arab Saudi. Dengan kata lain sempadan Indonesia tidak lagi dari Sabang sampai Maraoeke tetapi dari Duba sampai Maraoeke, apakah anda kira ketika itu aidul adha di Jakarta akan lewat sehari dari di Mekah?

      Wasalam.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: