Port-au-Prince: Mencurah Cuka Ke Luka.

Port-Au-Prince: Mencurah Cuka Ke Luka.

Kenapa di bumi yang di timpa bencana itu
kau hadir dengan soldado beribu?

Dari hadirkan makanan dan ubat-ubatan
kau pilih hadirkan pasukan bersenapang
tidakkah itu untuk membunuh bukan untuk menghidupkan?

Apakah di kota yang telah hancur itu
musuh-mushmu masih berkubu?
Atau kau tak hiraukan korban beribu
apa yang kau risaukan hanya nasib bonekamu
agar dia tetap terus berdiri di situ, menjaga hegemonimu?

Tingkah mu yang songsang
menambah kesakitan dan keperitan
warga Port-Au-Prince yang walang.

Di nganga luka-luka mereka
kau datang mencurah cuka
di hancur hati-hati mereka
kau datang memancang duka.

Paman Sam,
setan imperialisme dari ideologi kapitalisma itu
terlalu lama merasuk akalmu
hingga tololmu kini
sudah tak tertolong lagi!

Fikrul Mustanir
25 Jan 2010.

2 Comments (+add yours?)

  1. nonama
    Jan 26, 2010 @ 00:31:38

    satu berita yang agak menggemparkan memberitahu bahawa kejadian gempa yang meragut sehingga 500,000 nyawa di Haiti adalah angkara pihak tentera Amerika yang mencuba senjata gempa mereka yang bakal mereka gunakan untuk menghancurkan negara Iran.

    Laporan tersebut merupakan maklumat yang didapati dari Armada Tentera Rusia yang melaporkannya kepada Putin.

    Anda boleh baca laporan tersebut

    http://www.whatdoesitmean.com/index1322.htm

    US Quake Test Goes “Horribly Wrong”, Leaves 500,000 Dead In Haiti

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: