Salam Idul Fitri: Ibu Yang Pergi Itu Akan Kembali!

 

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun…sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan “Selamat Menyambut Idul Fitri”
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..

Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H

2 Comments (+add yours?)

  1. muhammadghazi
    Oct 13, 2009 @ 15:03:07

    Salam Idul Fitri (kat Malaysia je yang ada beraya sampai sebulan, hehe). Maaf sebab lambat ucapkan. Jazakallahu khair akhi atas puisi yang indah lagi membakar semangat ini.

    Insya Allah panjang umur bertemulah kita lagi. Ana agak kesibukan kebelakangan ni, mohon doakan supaya diberikan kelapangan dan dipermudahkan urusan… Ameen.

    p.s. Ternanti-nanti masterpiece yang baru daripada sifu. =)

    Reply

  2. fikru1mustanir
    Oct 14, 2009 @ 19:44:24

    Terima kasih akhi kerana sudi beraya ke blog ana ini.🙂

    Maaf kerana kuih-muihnya masih yang lama lagi. Insya’Allah ana akan usahakan untuk hidangkan juadah yang baru kelak.🙂

    Mudah2an anta diberikan kelapangan dan dipermudahkan urusan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: