Badut Anatolia yang Arogan

erdogansharon

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Badut Anatolia yang Arogan

Gemuruh suara perjuangan itu
rupanya menganggu gairah komidimu
setelah beberapa purnama yang lalu
pentas komidi Davos telah melonjak namamu
tinggi mencecah awan biru.

Di pentas itu
dengan berani kau berjenaka
tak seperti biasa…
jelir lidah dan cebik muka
kau lemparkan ke wajah badut zionis selamba.

Dengan lagak bak kesatria
kau hayun langkahmu perkasa
meninggalkan Davos bermulut ternganga
terpinga-pinga melihat komidi tak disangka
walau itu lakonan cuma.

Maka bertepuklah mereka yang keliru
terhibur dengan komidimu yang lucu
supaya terpujuk hati-hati mereka
yang baru berdarah luka
dengan aksi bukan manusia
si badut zionis durjana
merubah Gaza menjadi neraka.

Namun komidi muktahirmu
telah menelanjangkan dirimu
si badut tali-barut musuh leluhur
yang dihadirkan supaya lena umat tetap bertamu.

Kot hitam Attartuk kau sarungkan
mengantikan jubah putih al Fateh
yang selama ini kau pakai
untuk mengaburi mata
hingga umat jadi percaya
padamu digantungkan harapan mereka.

Dari si badut yang menghiburkan
watakmu berubah menjadi arogan
lalu ratusan pejuang pembebasan
kau tangkap tanpa belas kasihan.

Apa salah mereka?
‘Salah’ mereka hanya kerana berani berkata
podium tempat kau berdiri
supaya komidi khianat terlestari
sebenarnya adalah milik pemimpin istimewa
… perisai nusa
dari belakangnya umat akan berperang
di belakangnya umat akan terlindung
di hadapannya kaki-kaki musuh jadi goncang
di hadapannya wajah-wajah umat jadi agung.

Aroganmu tidak akan mampu
mematahkan tulang perjuangan ini
walau tangan mereka telah kau gari
kaki-kaki mereka tetap kan berdiri berani.

Aroganmu tidak akan mampu
menyepikan suara kebenaran ini
walau tubuh mereka telah kau kurung
suara-suara mereka tetap kan lepas bergaung.

Dan dari suara-suara itu
telah aku tahu
si badut arogan itu
adalah Erdogan si penipu!!!

Fikrul Mustanir
Jumaat 31 Julai 2009.

Nota:

Kerajaan Turki Menahan 200 orang Aktivis Hizbut Tahrir

53875Agensi berita negeri, Anatolia telah melaporkan sekitar 200 orang yang di syaki sebagai ahli Hizbut Tahrir telah di tahan oleh pihak berkuasa di Turki.  Menurut Press TV Report, Unit Khas Pasukan Keselamatan Turki telah melancarkan operasi secara serentak ke seluruh 23 wilayah di Turki.  Operasi itu di lancarkan dua hari sebelum Konferens Khilafah Hizbut Tahrir Turki yang di jadualkan akan berlangsung pada hari Ahad ini (26/07/2009).

Kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu wa Taala menganugerahkan mereka kesabaran di atas ujian dan dugaan ini.  Sesungguhya Allah Subhanahu wa Taala menguji orang-orang yang dikasihiNya.  Sememangnya, penangkapan ini adalah satu tindakan pengecut dan terdesak Kerajaan Turki disebabkan sejarah kekuatan Hizbut Tahrir dan kebangkitan seruan ke atas mengembalikan Khilafah di Turki yang semakin kedengaran.  Erdogan dan pemerintahan beliau sepatutnya menyedari bahawasanya penahanan dan penangkapan ini tidak akan sekali-kali menghentikan mahupun melengahkan kemenangan Allah Subhanahu wa Taala dan berdirinya semula Daulah Khilafah.

Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

بدأ الإسلام غريبًا وسيعود غريبًا كما بدأ فطوبى للغرباء قالوا يا رسول الله ومن الغرباء؟ قال
.« الذين يصلحون عند فساد الناس

Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba (orang terasing) ini?” Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.”   [HR at-Thabrani dalam al –Kabir]

Sumber.

3 Comments (+add yours?)

  1. Faizal
    Jul 30, 2009 @ 22:56:00

    Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk pejuang2 menegakkan Islam disana.. Kelantangan pejuang2 ini tampaknya memberikan kegusaran kpd si Erdogan yg sunggun Arogan. Hanya dengan suara mereka dipenjarakan..

    Moga Allah memberi pertolangan kepada mereka yang memperjuangkan Agamanya.. Juga Menghinakan mereka yang menghalang usaha menegakkan agamnya..

    Reply

  2. wuzara
    Aug 01, 2009 @ 10:10:58

    Makhluk macam gini lagi bangsat dari pemerintah yang jelas sekular.

    Binatang berkulit manusia begini buat ramai manusia yang kena bohong.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: