Seloka Babi dan Barbie.

dolls

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum,

Sajak ini saya buat 3 bulan yang lepas. Ia pada mula hanya sebagai komentar disebuah blog rakan (di sini) di awal-awal H1N1 mula melanda. Selepas beberapa pindaan, ia saya siarkan pula di sini untuk dikongsi bersama:-

Seloka Babi dan Barbie.

Bagi si mata batu
keduanya jauh berbeza
bagaikan…
sudu dan garpu
‘eyes shadow’ dan gincu.

Si babi badannya gemuk berekor simpul
suaranya buruk menyondol-nyondol
Cik Barbie pula bertubuh ramping dan langsing
jika berselisih, kepala boleh berpusing
jika tersilap boleh melangar tiang lanting.

Si babi hidungnya penyek
tiada berleher kakinya pendek
selalu dicaci kerap diherdik
Cik Barbie pula hidungnya bak seludang
berleher jinjang kakinya panjang
fewittt, bunyi siulan si mata keranjang.

Si babi jijik dipandang
hidup berhimpit-himpit di kandang
Cik Barbie pula dipeluk dan ditimang
teman tidur intan ku sayang.

Si babi lambang kotoran
di jauhi apatah lagi dipegang
Cik Barbie pula lambang kecantikan
idola hidup si anak girang

Si babi berwajah hodoh dan pandir
nama melayunya sahaja pernah disingkir
sehingga dia dipanggil ‘khinzir’
Cik Barbie pula anggun mempesona
namanya dimulia dan dipelihara
oleh Undang-Undang Hak Cipta

Bagi si mata jeli
kedua-duanya tiada banyak perbezaan
cuma diperlukan sedikit ketelitian

Si babi pembawa cacing pita
perasit dalam sistem pencernaan
Cik Barbie pula pembawa hama materialisme
menyuntik  hedonisme ketika berdandan.

Si babi induk virus selsema
ancaman terkini kesihatan sedunia
Cik Barbie pula induk virus kapitalisme
ancaman tersembunyi manusia sejagat
kerananya hidup menjadi bejat.

Si babi haram dimakan
kerana ia dilarang Tuhan
Cik Barbie berdandan usah diikut
kerananya anak terdidik idea tabarruj

Antara selsema babi dan pesona Barbie
kedua-duanya sama bahaya
mudharat kepada hidup manusia.

Yang pertama, mengancam nyawa
yang kedua pula, membahayakan minda.

Hubaya-hubaya!

Fikrul Mustanir
Maharani
1 Mei 2009

6 Comments (+add yours?)

  1. samurouh
    Jul 27, 2009 @ 03:47:48

    salam,madah enta memang power la akhi hahahaha

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 27, 2009 @ 03:54:31

      Waalaikumusalam,

      hehehe…jangan orang dok lihat lawak apek je… sesekali apa salahnya baca lawak fikrul mustanir pula… dalam ketawa ada mesej dibawa’.
      🙂

      Reply

  2. wuzara
    Jul 27, 2009 @ 20:13:15

    salam…

    Seminar lagi sekali kita mintak FM deklamasikan satu sajak. seloka, gurindam pun gerek jugak.

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 27, 2009 @ 23:30:12

      Waalaikumusalam,

      Enta jangan main-main wuzara… ana tulis sajak boleh la, tapi bab deklamasi ni ana ada sikit kureng. Ana ada darah gumuruh persis sebagaimana penyakit yang dialami Sudin dalam cerita ‘seniman bujang lapok’!

      Masa membaca komentar enta ni pun… ana dah rasa macam nak terkucil!!! hehehe!

      Wasalam.

      Reply

  3. Mohd Hasbie Muda
    Jul 29, 2009 @ 13:51:16

    sungguh menarik..
    salam ziarah buat teman yg dambakan khalifah sebagaimana juga ana..

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 29, 2009 @ 22:01:40

      Ahlan wasahlan wa marhaban bik.🙂

      Semoga Khilafah akan segera mendominasi dunia dengan rahmat Islam yang dibawa olehnya!

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: