Antara Hidup Melayu dan Satu Malaysia

Dahulu corong-corong suaramu
yang tergantung kaku di menara bisu
dengan nyaring tanpa merdu
melontarkan kata Hidup Melayu!

Kata yang lahir dari rasa
ingin lihat bangsa perkasa
setelah berabad terhina
duka terluka hilang segala

darjat dipijak
harta dirompak
ketuanan dikoyak
oleh penjajah asing yang bongkak.

Sayang rasa itu bukan suatu yang ampuh
terbukti ia ikatan yang rapuh
yang lapuk dek hujan zaman
yang lekang dek panas persekitaran
hingga gagal menyongsong sebuah kebangkitan.

Apatah lagi ia hanya pemanis bibir
elite politik boneka penjajah
sebagai tirai dan tabir
buat menutup nafsu serakah.

Aku tahu
kata itu tidak akan mampu berlaku adil
tanpa ada yang tidak terpinggir.

Setelah kata itu mula layu
kuncup bak daun semalu
tanpa segan dan silu
tanpa tangis dan sendu
kau campakkan kata itu
walau ia dulu kau anggap keramat
oleh bapa-bapamu dipegang sebagai azimat.

Jika dulu ia semboyanmu
guna menunjuk apa yang dimahu
juga sebagai penyatu seru
supaya seluruh Melayu bersatu di belakangmu
agar mudah mereka ditipu
oleh licik khianat durhakamu.

Tapi kini ia ibarat sembilu
mencucuk daging kekuasaanmu
menghiris urat kepentingan sekutumu.

Tanpa ada pilihan
kau tunduk tuntutan zaman
kata Hidup Melayu dengan mudah kau lepaskan
Satu Malaysia pula yang kau war-warkan.

Jika dahulu madah perjuanganmu beretorikkan kaumiyah
kini berintonasikan pula laungan wataniyah.

Namun tidakkah kau tahu?
Ia juga seruan yang goyah.

Persis retorik mu yang dahulu
walau bait kata keduanya sukar bertemu
tapi aroma meloya keduanya tetap berbau
kerana lahir dari ibu yang satu.

Aduh, balik-balik assobiyah  juga suara lolonganmu!

Fikrul Mustanir
Julai 2009

9 Comments (+add yours?)

  1. ummuhanah
    Jul 23, 2009 @ 05:40:31

    huiihh… semangatnya ‘mengutuk’ SATU MALAYSIA…yang ni saya sokong.

    sajak yang bagus, mesti mahal harganya nih…
    bukan nak minta izin tapi nak maklumkan saja, saya nak ambik utk buletin sekolah sempena merdeka dan Ramadhan nanti… ‘bayaran’ anda boleh claim kat Allah. 😀 saya tak dok pitih..

    FM, buatlah sajak kemerdekaan…
    nak tengok sajak merdeka ‘versi FM pulak’
    buat kelainan sikit dari sajak yang biasa-biasa…
    bukan yang luar biasa tapi yang lebih dari biasa.

    contohnya…

    ehem…Bismillah….

    si songkok tenggek
    gema suaranya berdegar
    derap langkah bergaya
    bicaranya hanya
    merdeka merdeka merdeka

    Dia cuma satu wajah
    dari kelompok nasionalis sekular
    Dia juga cuma satu wajah
    dari kelompok asuhan penjajah
    yang membeli ‘merdeka’
    dengan gadaian agama

    Sejarah tidak dapat memadamkan jasanya
    yang menjadikan Islam ‘agama rasmi’ sahaja
    Dengan toleransi dia menelan ‘sekularisasi’
    hidangan pewaris ‘tentera salib ..yahudi dan nasrani’
    dalam misi licik gerakan kritianisasi…

    errr….abis idea..

    issskk…betoi ke sajak saya ni ??….
    tak sepuitis sajak2 FM.

    saya surrender la… saja nak cuba je…. ngeh ngeh ngeh..

    Reply

  2. fikru1mustanir
    Jul 23, 2009 @ 11:45:01

    Salam,

    Dah ok la sajak tu…nanti boleh saya ciplak… tambah sebaris 2 lagi…. dan yang paling menarik adalah istilah ‘si songkok tenggek’. Kalau di Johor ada satu lagi istilah berkaitan dgn songkok ni, iaitu, ‘si songkok miring’.

    hehehe…🙂

    Wasalam

    Reply

  3. wuzara
    Jul 23, 2009 @ 21:50:10

    bro,

    enta dah ramai peminat la…
    apa kata pasni hantar kat utusan ke, berita harian ke, harakah ke…
    ana semakin hari dah takde bahasa puitis, mungkin pasal main ngan bebenda taknikal je.
    ana rasa bahasa indon kat nizamul islam, mafahim, takatul dan alwaei mempuitiskan bahasa enta. mungkin ummuhanah kena baca buku2 tu….

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 24, 2009 @ 21:28:03

      Salam,

      Mungkin benar juga kata anta, lahirnya sajak-sajak ana itu disebabkan selalu membaca kitab-kitab tersebut. Bagi ana sepatah-dua bahasa Indonesia dalam sajak-sajak ana hanyalah sebagai perasa tambahan, tapi yang lebih penting intinya, jika anta perasan, adalah idealisme yang terkandung dalam fikrah yang tertuang dalam kitab-kitab itu.

      Wasalam.

      Reply

  4. ummuhanah
    Jul 24, 2009 @ 12:15:57

    salam,

    songkok miring
    dipadan dgn baju melayu luar samping
    sungguh nampak tak ensem
    tak pandai bergaya betol orang johor ni..😀

    tak payah le nak ciplak
    anta buat lain lagi gempak
    kan hebat tulis sajak ??

    errr saya pernah dengar ttg kitab yang ada tajuk nizamul-nizamul kat depan ni….cuma belum ada peluang membacanya. Lagipun saya ‘alah’ dgn bahasa indon… sukar faham !…jadi tak berasa terliur sangat la nak baca.

    wuzara sempat lagi ‘kempen’ ya…

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 24, 2009 @ 21:54:14

      Wa alaikumusalam,

      Berkaitan ‘songkok miring’ sebenarnya ia adalah gaya sebenar orang dulu-dulu memakai songkok. Tak caya, cuba enti lihat gambar Lt. Adnan tentu enti perasan songkoknya yang senget. Gaya memakai tarbus juga bergitu.

      Baju melayu (orang Johor panggil baju kurung teluk belanga) dibiarkan lepas di luar (tak dimasukkan ke dalam kain samping) kalau menurut bahasa adat dipanggil ‘dagang di luar’ ini adalah cara orang kebanyakan. Bagi kaum bangsawan pula mereka memasukkan baju melayu ke dalam samping dan ini dipanggil ‘dagang di dalam’. Gitu la serba sedikit info yang ana dapat kongsikan.

      Tentang orang Johor tak pandai bergaya, itu ‘no comment’!🙂

      Kalau ‘alah’ dgn bahasa indon, untuk pengetahuan, kitab-kitab tersebut boleh didapati dalam bahasa arab dan inggeris. Baca jangan tak baca. Ia baik untuk membuka cekrawala berfikir kepada dimensi yang lebih luas. ‘To get a big picture what deenul Islam is’.

      Wallahu’alam.
      Wasalam.

      Reply

  5. wuzara
    Jul 25, 2009 @ 00:01:43

    Salam…

    FM,
    Kalau enta bersajak dalam halaqah mungkin x ada daris enta yang ngantuk. kih kih🙂

    Ummuhanah,
    Kalau baca sendiri andai faham bahasa Indon sekalipun, maksudnya belum tentu dapat dimengerti. Tetapi kalau ada muysrifnya, kitab nizamul Islam tu memang cukup menarik. Umpama anti virus yang membuang virus2 degil.
    Saya kempen lihat kebenaran, bukan kempen ikut membuta tuli. tak salahkan…🙂 Dah baca SN terbaru… itu intipatinya dari Nizamul Islam bab 3.

    Reply

  6. nashir as sunnah
    Jul 26, 2009 @ 21:19:52

    salam…

    byk gak bca sajak2 enta..ni baru nk komen..
    mmg mantap..teruskan berkarya sheikh..
    mmg kena betul sajak ni utk masa skrg..:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: