Hormatku Tertumpah di Balik Tembok.

(Buat saudara seperjuangan yang sabar menerima ujian di penjara kejam Uzbekistan)

Nafas juangmu bagai butir embun pagi
di hujung daun hijau menanti
untuk membasahi dahaga kering
dengan siramnya yang suci dan bening.

Bila cahaya mentari yang terik
menembus kelopak matanya  yang cantik
merekahlah kuntum mawar melirik
tanpa keluh kesah dan serik

Menebarkan haruman seribu wangi
serancak lonjak tari pelangi
walau di balik jeriji besi
jantung fikirnya terus berdegup suci.

Jika terik mentari mula terasa
dia terbang di celah dedaun udara
bagaikan derai-derai camar di hujung senja
yang hilang di celah pepohon angkasa.

Walau dia hilang di kasat mata
sebenarnya dia masih tetap di sana
nanti, bila hari hampir pagi
dia kembali di hujung daun hijau menanti
untuk membasahi dahaga kering
dengan siramnya yang suci dan bening.

Titisannya tetap membawa nyawa
mencambahkan seribu bunga
kembang harum memenuhi angkasa
walau menitik di lantai kasar penjara sidurjana.

Fikrul Mustanir
25 Jun 2009

Nota:-

1) Sajak ini saya gubah sebagai luahan rasa hormat kepada para pejuang Islam yang tetap istiqamah membawa dakwah untuk membangkitkan umat. Walaupun, mereka sedang merengkok di penjara tirani Karimov, Presiden Uzbekistan yang terkenal kejam itu.

Salut buat mereka yang ikhlas berani!

Berita mereka boleh diperolehi di sini http://www.interfax-religion.com/?act=news&div=6132

2) Terima kasih juga kepada Akhi Gazi kerana tulisannya di http://muhammadghazi.wordpress.com/2009/06/23/benih-yang-baik-kalau-di-campak-ke-darat-menjadi-gunung-dan-jika-dicampak-ke-laut-menjadi-pulau/ telah memberi ilham kepada saya untuk mengarang sajak ini.

13 Comments (+add yours?)

  1. ummuhanah
    Jun 30, 2009 @ 02:29:44

    jasad boleh terkurung di kamar besi yang terkunci..
    tapi iman dan taqwa menjadikan jiwa manusia bebas dan merdeka..
    tiada siapa yang mampu memenjara dan membatasi jiwa manusia yang hidup untuk tuhannya….

    Jangan dirisau pada mujahid yang dipagari besi
    mereka pasti hanyut dalam keasyikan taqarrub pada Ilahi
    tapi bimbangi kita yang bebas berkelana di bumi fana
    kerana kebebasan sering menjadikan manusia alpa dan terpesona
    pada dunia yang banyak tipu daya

    susuri pengalaman jihad para mujahid yang ‘berkerja’ dari penjara…
    di situ pasti terselit mutiara berharga sebagai modal buat sesiapa yang ingin ‘berjual beli’ dengan tuhannya…..

    Reply

  2. fikru1mustanir
    Jun 30, 2009 @ 06:51:37

    Terima kasih atas komentar yang diberikan. Semoga tauladan yang ditunjukkan oleh mereka-mereka yang berjiwa besar itu akan menjadi tauladan kepada kita yang masih sedikit dengan ujian ini.

    Reply

  3. yusuf
    Jul 07, 2009 @ 06:12:51

    salam ya syabab,

    menusuk qolbu !

    Reply

  4. Syabab Tajdid
    Jul 12, 2009 @ 14:01:30

    Salam ya akh…
    Dah 3 bulan kewujudan blog ini, tp ana baru tahu kewujudannya..
    madah2 anta sememangnya berisi bait2 indah yg memukau..
    Mungkin satu hari nanti, boleh dijadikan sebuah buku koleksi puisi2 anta ni..

    Reply

  5. samurouh
    Jul 13, 2009 @ 03:52:02

    Assalamualaikum,sebak ana membacanya

    Reply

  6. fikru1mustanir
    Jul 13, 2009 @ 13:16:48

    Wa alaikumusalam kepada akhi faizal dan samurouh.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung. Semoga Allah SWT memberi ketenangan, keringanan dan pertolongan kepada saudara-saudara seperjuangan yang sekarang ini sedang menerima ujian di penjara-penjara tirani di mana jua belahan dunia ini.

    Ayuh kita panjatkan doa dan gencarkan dakwah, supaya Khilafah segera tertegak dan mengambil kendali di Dunia Islam dan menebarkan rahmat kesekelian alam!

    Semoga seruan dakwah kita akan jatuh ketelinga-telinga mereka yang memiliki kekuatan dan hati yang bersih serta ikhlas untuk menolong agama Allah ini.

    Wasalam.

    Reply

  7. Syabab Tajdid
    Jul 14, 2009 @ 19:45:18

    Moga Allah permudahkan urusan dakwah ini dan memberi kekuatan kepada hambanya yang diuji kerana mengorbankan dirinya, hartanya, masanya untuk memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini..

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 14, 2009 @ 20:37:52

      Ya Allah perkenankanlah! Sesungguhnya Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji! Sesungguhnya kami beriman dengan segala janji-janjiMu, yang telah Kau sampaikan kepada kami melalui UtusanMu Muhammad saw.

      Reply

  8. samurouh
    Jul 15, 2009 @ 10:12:45

    Nampak mcm antum semua saling kenal mengenali je hehe

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 15, 2009 @ 10:41:08

      Salam,

      Ana kenal akhi faisal… tak tahu la pulak kalau dia kenal ana.🙂

      Apapun kebersamaan fikrah merapatkan kita semua.

      Wasalam.

      Reply

  9. wuzara
    Jul 20, 2009 @ 04:23:36

    salam…

    dah kebuntuan ilham ke FM?
    ana tertunggu2 bila enta nak kuar single terbaru.

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jul 20, 2009 @ 06:17:10

      W’salam,

      Lebih kurang camntu le…🙂
      Tapi sibuk pun ya juga… kerja dan preparation pembentangan Hlq Shahriah. Alhamdulillah pembentangan tu dah selesai… tunggu le 2-3 hari ni… insya’Allah akan terbit ‘single’ terbaru ana.

      Terima kasih kerana setia menanti! Hehehe.

      Salam.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: