Demokrasi itu telah lama mati.

“… matinya demokrasi.”
Tajuk besar Harakah Daily
mengiringi kemenangan Dr Zambry.

Kenapa?
Baru sedar kini?

Bagi kami
demokrasi itu telah lama mati
sejak hari pertama muncul di bumi
terpancut dari rahim ibunya, akidah sekularisme
dibidani cendikiawan syaitan
dalam kegelapan zaman pertengahan.

Yang sekarang merayau berjalan
hanyalah hantu jelmaan
tiada berruh tiada bertuhan.

Merasuk dan membaham
mereka yang tenggelam
di lautan pemikiran kelam

Walaupun ikhlas berkiprah
sayang tidak jelas fikrah
tidak mendalami tariqah.

Kita adalah mangsa kejahatan demokrasi
siluman menyembunyi jatidiri
dilihat hanya simata jeli.

Ayuh sahabat!
Terlanjur kau telah sedar kini
demokrasi itu telah mati
bangkainya, mari kita sama-sama campakkan
ke kubur yang paling dalam
tanpa bunga tanpa nisan
di lembayung malam sejarah silam.

Fikrul Mustanir
24 Mei 2009

29 Comments (+add yours?)

  1. wuzara
    May 24, 2009 @ 20:30:22

    Alhamdulillah kita dapat melihat kekufuran demokrasi. Penerapan demokrasi dalam kehidupan hari ini berasal dari aqidah sekular. Demokrasi adalah metodologi kapitalisme untuk menerapkan ideologinya.

    Tanpa demokrasi sistem kapitalisme ini tidak boleh bekerja. Kerana semua kerangka dan strukturnya bermula dengan demokrasi. Jika ditamsilkan dengan sebuah kereta, demokrasi adalah ibarat enjinnya.

    Kerana ini International Crisis Group menyarankan untuk membuka peluang kepada gerakan-gerakan Islam untuk berjuang atas minhaj demokrasi. Suburkan demokrasi, supaya gerakan Islam tidak melihat minhaj nabi dan jihad sebagai jalan yang lebih mulia dan berkesan berbanding demokrasi. Itulah laungan mereka. Dan kini apabila bibit kemenangan seolah terbayang, maka lebih kasih dan sayanglah gerakan Islam terhadap demokrasi dan maka dibuang jauh2 minhaj kenabian. Mungkin bagi mereka Islam tidak lengkap sehngga nabi tidak menunjukkan thariqah penegakan negara Islam. Yang pastinya bagi pemerintah kufur hari ini, demokrasi hanya digunakan apabila menguntungkan mereka. Saya tidak pelik jika mereka sendiri yang akan menghancurka demokrasi jika demokrasi tidak memenangkan mereka. Perak sudah satu buktinya.

    Dalam surah alhadid Allah telah menjelaskan bahawa adanya satu golongan yang tak henti2 menyeru Islam walaupun ditolak. Jawapan mereka kerana itulah jawapan mereka untuk bertemu Allah di Yaumil Mahsyar kelak. semoga kita tergolong dalam golongan begitu, amin.

    Reply

  2. hmmmm...
    May 26, 2009 @ 06:57:23

    Bukan semua dari kuffar itu tertolak…bahkan sirah nabi membuktikan kepada kita ada tatacara dari kuffar yang wajar dimanfaatkan. nabi menggali parit ketika perang khandak sedangkan itu teknik perang yang popular oleh penganut majusi di parsi.

    Rasulullah pernah memanfaatkan perhimpunan musim haji tajaan golongan jahiliah, dengan mengambil kesempatan daripada perhimpunan tersebut untuk bertemu dengan mereka yang menunaikan haji di rumah-rumah mereka di Ukkaz, Majannah dan Zul Majaz bagi mendapatkan bantuan dan sokongan. Rasulullah memanfaatkan suasana aman yang wujud, dengan institusi2 yang sesuai pada masa itu untuk menyebarkan dakwah.

    Apa yang dilarang keras oleh kita menyerupai golongan kufar ini ialah ciri-ciri agama mereka secara khusus seperti contohnya memakai salib, membina berhala dsbnya. Adapun meniru sesuatu kaedah dari kufar dalam penuh kesedaran dan keinsafan bahawa apa yang ditiru iti sejalan dan tidak bercanggah dgn nilai agama adalah tidak salah.

    Kenapa kita boleh manfaatkan sistem pendidikan sekular di negara kita untuk menjadikan kita manusia yang berilmu sedangkan sistem tersebut juga dari kufar ?

    Apa yang penting kita boleh mendapatkan kemaslahatan dan mengurangkan kemudaratan dari apa yang kita tiru itu.

    Sudah jelas pada kita tentang jijiknya demokrasi dari falsafah barat. Tapi demokrasi yang setakat kita ambil adalah untuk mencari ruang supaya agama ini masih boleh diamalkan dan disebarkan.

    Jika anda merenung anda akan faham.

    p/s maaf utk wuzara, janji utk kembali menziarahi blognya tidak dapat ditunaikan…InsyaAllah jika diizinkan tuhan suatu masa nanti.

    Reply

    • fikru1mustanir
      May 27, 2009 @ 19:49:11

      Salam,

      Berkenaan:-

      1) Rasullulah mengambil setrategi mengali parit dalam perang khandak kerana ia adalah persoalan yang bersifat teknikal (tektik peperangan) yang tiada kena mengena dengan pandangan hidup. Ia sama seperti kita menggunakan pc yang datang dari barat dimana kita boleh memanfaatkannya kerana ia merupakan hasil yang bersifat teknik yang tiada kena mengena dengan pandangan hidup dan bersifat universal.

      2) Sistem pendidikan sekarang yang berasal dari barat silibusnya tidak semua dipengaruhi oleh pandangan hidup (yang dipanggil hadharah), tapi ada juga yang bersifat teknikal (madaniyah). Oleh kerana itu bagi yang bersifat teknikal boleh kita pelajari dan praktiskan dalam kehidupan. Sedangkan yang bersifat hadharah tidak boleh dipraktikkan dalam kehidupan, tapi hukum mempelajari dan mengetahuinya adalah diperbolehkan bagi tujuan mengetahui kebatilan idea tersebut. Oleh itu mempelajari kesemuanya itu dalam sistem pendidikan yang sedia ada diperbolehkan cuma hukum mempraktikkannya sahaja yang berbeza bergantung kepada realiti idea & ilmu yang dipelajari itu.

      Ia berbeza dengan melibatkan diri dengan sistem demokrasi yang pure idea non Islami dimana keterlibatan didalamnya tidak dapat dipisahkan dari proses pengubalan hukum oleh manusia. Tidakkah tujuang diadakan pilihanraya itu untuk memilih para legislator (pengubal undang-undang) dari kalangan rakyat (manusia)?

      3) Rasulullah memanfaatkan perhimpunan musim haji tajaan golongan jahiliah. Memang Rasulullah memanfaatkan kedatangan orang ramai sebagai kesempatan bagi baginda untuk menyebarkan idea Islam kepada mereka. Tapi Rasulullah tidak sekali-kali terlibat dengan ritual haji mereka. Dengan kata lain Rasulullah tidak menjadi sebahagian dari jemaah haji Jahiliyyah itu, memuji-muji ritual haji jahiliyah dan mempertahankan institusi-institusi jahiliyah yang ada.

      Jadi bagi kita jika terlalu berkeinginan untuk memanfaatkan demokrasi, cukup sekadar kita menggunakan perhimpunan orang ramai yang diperbolehkan dalam sisitem yang ada untuk menyebarkan idea Islam, samada dengan mengedar risalah atau ceramah. Bukannya kita menawarkan diri kita untuk menjadi sebahagian dari para legislator yang mengubal hukum untuk manusia.

      Jika kita masuk pilihanraya untuk terpilih sebagai wakil rakyat, ia sekadar untuk membolehkan kita menyuarakan kritikan Islam terhadap sistem kufur yang ada dan melakukan nuhasabah kepada pemerintah. Bukan terlibat dalam proses pengubalan hukum. Lebih padah lagi jika kita sama-sama mempertahankan sistem demokrasi dan memuliakannya tanpa mendedahkannya sebagai sistem kufur yang datang dari barat yang memperalatkannya untuk menjajah dan mengekalkan hegemoni mereka di negeri-negeri kaum Muslimin.

      Wasalam.

      Reply

  3. wuzara
    May 26, 2009 @ 21:05:58

    macam kenal tulisan hmm ni.

    saya rasa anda salah faham untuk membezakan antara hadharah dan madaniah. Apa yang anda ceritakan tentang teknik perang itu adalah madaniah, sesuatu yang universal boleh diambil dari mana-mana tamadun. Sedangkan aspek hadharah, sesuatu yang terkait dengan pandangan hidup, maka ia haram.

    saya tengah sibuk sangat ni nak jelaskan, mungkin FM boleh tolong.

    p/s: rasanya saya mengerti bakpo nggak bisa.🙂

    Reply

  4. hmmmm...
    May 28, 2009 @ 11:08:23

    pandai kona yerrr…
    hadharah ler…madaniah ler….
    bila ‘dia’ cuba nak manfaatkan…dia kata ada ‘yang’ boleh dimanfaat dari sistem sekuler ni…tu tak pa katanya.

    tapi bila kita nak ambik sikit demokrasi utk manfaatkan, dia kata kita no and never…sebab demokrasi dari kufar sekuler…
    sungguh senget sebelah pertimbangan depa ni…ini TAK ADIL !

    Jadi di sudut mana anda nampak gerakan islam seperti Pas menjulang demokrasi ?
    Pas sudah lama ( rujuk ucapan Yusuf rawa sekitar tahun 80 an ) mengecam falsafah demokrasi barat yang batil kerana memberi kekuatan suara majoriti manusia melebihi ‘suara’ Tuhan.
    Tapi anda tulikan telinga dan butakan mana dalam menilai gerakan islam lain yang manfaatkan demokrasi utk memperjuangkan keadilan dan ruang utk Islam ini dilaksana.

    banyak ‘penjelasan ‘ ttg demokrasi ni telah diutarakan. dari pelbagai sudut di pertimbangkan sebelum ulama melakukan ijtihad dlm mengharuskan demokrasi ini.Andainya kalian faham bahawa apa yg kita perselisihkan adalah ‘khilaf’ ulama…kita tidak sejauh ini bersengketa dlm memperjuangkan agama. tapi kalian letakkan ‘haram’ demokrasi sama tarafnya dgn keharaman arak dan zina yang hukumnya disebut secara qat’i dlm Al-quran.

    kalian langsung tidak boleh menghormati dan mengiktiraf ijtihad ulama dan mengambil sikap mencercanya.

    demokrasi sebagai satu falsafah dan demokrasi sebagai satu amalan organisasi adalah berbeza. Demokrasi sebagai amalan organisasi Islam ada sistemnya tersendiri.Kerajaan yang memerintah sebuah negara islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah. Sekiranya ia melanggar undang2 yang diturunkan oleh Allah perintahnya tidak lagi wajib ditaati…malah kita kena tentang orang macam ni.

    Tetapi demokrasi sebagai satu falsafah, Islam dan demokrasi barat sama sekali berbeza dan bertentangan. Ini la yang kita dok perang dengan UMNO dan demokrasi depa…takkan lah nak biarkan depa menggubal undang2 atas kekuasaan dan nafsu pribadi?….lepas tu memaksa pulak rakyat tunduk pada kuasa depa….pondan la kita jika hanya menentang mereka dgn mengedar risalah sahaja sedangkan kita ada peluang yang lebih berani utk mencabar mereka.

    Pas tidak berjuang mengambil demokrasi ini utk melampaui kuasa Allah, bahkan pas berusaha utk mengambil suara majoriti ini bagi meletakkan hukum Allah lebih tinggi dari segala-galanya.Kita tidak mencipta demokrasi bahkan kita terpaksa bergusti digelanggang demokrasi utk meyelamatkan agama Allah ini.

    Selama Pas mengambil demokrasi adalah bagi mendapatkan kepercayaan untuk bersuara dan berperanan bagi menghapuskan kemungkaran dan mengajak manusia kepada kebaikan. mencari ruang utk dapat pamerkan sistem pentadbiran Islam supaya keindahannya boleh dilihat oleh semua orang. dan dengannya juga kita harapkan orang ramai yang akan meminta-minta peraturan/undang Islam ditegakkan kerana eadilan yang dapat mereka perhatikan.Untuk tujuan itu kuasa politik digunakan mengikut keperluan semasa, dan semua jenis taktik propaganda dan seruan akan digunakan bagi mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menjauhi kejahatan…bagi kita, tak dapat dilakukan ‘semua’…jangan tinggalkan semua…tapi bagi kalian ini salah kerana tidak ambil Islam secara kaffah.

    saya bersetuju penjelasan ttg kejelekan demokrasi barat perlu diperjelaskan kepada masyarakat dan kempen penegakan pemerintahan khilafah juga harus dipergiatkan…tapi adil lah juga terhadap ijtihad ulama’ yg mengharuskan demokrasi….dan sudut memanfaatkan demokrasi yg terbatas ini. salah jika anda langsung tolak…100% menentang sedangkan ‘pendaftaran’ HT yang anda bebas bergerak ini juga dari manfaat ‘kebebasan bersuara’ yang ada dlm demokrasi….

    percayalah…..kita makin jauh dari penyatuan kerana pertikaian perkara ini…..cukuplah kami berjihad melawan UMNO dan BN, jangan anda tergamak melengahkan gerak kerja kami ….

    ruginya anda ghairah menentang pas yang bergerak diatas ladasan demokrasi sehingga kami sedih, letih dan perit menangkis serangan saudara kami ini……sedangkan musuh sebenar anda bukannya KAMI.

    Reply

  5. wuzara
    May 31, 2009 @ 03:49:10

    salam…

    saudara/i uhmmm, apakah PAS menyangka HT memusuhi PAS? Jika itulah sangkaan ahli PAS, patutlah ada yang sampai membenci HT begitu sekali sampai ada yang membuat sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan kepada saudara seIslam. Jika itulah anggapan antum, maka antum telah salah faham.

    Apabila saya menegur demokrasi itu haram, kewajipan hudud itu qathie kepada Islam dan dzimmi, haram pergi menyambut perayaan kufur, haram berkongsi kuasa dengan bukan Islam, haram menerapkan Islam dan hukum kufur bertahap-tahap, apakah kerana itu rakan-rakan PAS menganggap saya membenci PAS? Jika kerana itulah, maka saudara-saudara telah silap besar.

    Penafsiran surah wal-asr membuat saya akan terus dan terus memuhasabah dan melapangkan dada saya untuk menerima muhasabah. Dalam surah tersebut Allah menegaskan(ta’kid) sebanyak 3 kali tentang kewajipan muhasabah ini.

    Pertama, dengan sumpah -wal asr(demi waktu asar).Kedua, dengan inna(sesungguhnya) dan ketiga, dengan lafi(benar-benar). Bahawa kita dlm kerugian kecuali kita berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Mafhum mukhalafahnya, kita juga wajib terbuka menerima kebenaran. Makanya, kita wajib memuhasabah dan wajib menerima muhasabah. Jauhkan dari apa-apa sentimen dan ketaksuban dalam menerima kebenaran.

    Atas dasar inilah saya menegur mana kesilapan yang dibuat. Apakah kalian tidak boleh menerima malah justeru menganggap saya memusuhi kalian? Jika begitu, jelas kalian sekali lagi salah faham terhadap saya dan sahabat-sahabat saya.

    Hidup dalam sistem kufur ini memang memeritkan untuk memilih mana yang syar’ie mana yang tidak, mana yang halal mana yang haram. Riba’ contohnya, hatta ustaz dan pejuang gerakan Islam sekalipun bergelumang dengannya untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya. Apakah kerana lantaran kita hidup dalam sistem sekular maka kita dibenarkan terlibat dengan riba’? Jawapannya, secara pasti(qath’ie) dinyatakan dalam Al Quran tidak.

    Ye, dalam sistem sekular memang kita perlu memilih dengan cermat, apa yang boleh kita lakukan mana yang tidak. Janganlah kerana kita diperboleh bersuara dengan suasana kebebasan bersuara dalam demokrasi hari ini, maka ia dijadikan dalil boleh terlibat dalam demokrasi, kerana sememangnya menyatakan pandangan yang syarie hukumknya diperbolehkan dalam Islam. ia tidak ada kena mengena dengan demokrasi. Kalau ‘menyatakan pandangan’ hukumnya haram disisi Islam nescaya walaupun demokrasi membenarkannya maka tetap haram dan tidak akan kita lakukan.

    Tetapi bagaimana dengan penggubalan undang-undang dalam demokrasi? Apakah menggunakan suara mojoriti untuk menggubal undang-undang diperbenarkan oleh Islam? Jawapannya pasti tidak. Oleh itu hukumnya tetap haram, walaupun demokrasi membenarkannya.

    Oleh itu saya harap saudara/i hmmm…. faham, dalam sistem hari ini, kita boleh melakukan selagi ia syar’ie dengan agama kita, dan haram kita lakukan jika ada yang bertentangan dengan hukum agama kita. Minhaj gerakan anda, untuk menggunakan demokrasi dengan menjadikan ia sebagai tempat untuk menggubal undang-undang Islam melalui suara manusia adalah haram, kerana asas penggubalan hukum melalui suara mojoriti manusia itu adalah 100% qathie keharamannya, tak kiralah ia condong kepada Islam atau kekufuran.

    Hujah saudara/i menggunakan kes teknologi peperangan, saya kira totally salah. Kerana teknologi peperangan mahupun strateginya adalah perkara madaniah yang diambil dari mereka yang pakar dalam bidangnya sebagaimana teknologi automotive, aerospace, bioteknologi dsbnya. Sedangkan yang kita bincangkan ini berkenaan hukum thariqah menegakkan negara Islam, rukun dan syarat saha penggubalan hukum dalam Islam ia perlu sepenuhnya merujuk Al Quran, Sunnah, Ijma’ sahabat dan qias.

    Saya harap, saudara/i boleh jelas dengan penerangan saya ini. Saudara/i bukan pintu untuk menilainya secara neutral maka insyaAllah dibukakan pintu hati untuk menerimanya jika ia benar dan menolaknya jika ia silap.

    Semoga kita semua mendapt redha Ilahi, ameen.

    Reply

  6. hmmmm...
    Jun 03, 2009 @ 09:00:31

    sayangnya…anda tidak memahami tulisan saya….dan anda ulangi ‘terjemahan’ demokrasi dengan kacamata lama anda…kacamata barat !…maka jawapan anda akan HARAM segala-galanya….

    Selain dari kitab2 HT…baca lah sama kecaman demokrasi tulisan dari ikhwan, dan dari sudut mana demokrasi ini dimanfaatkan…supaya di situ anda dapat penjelasan.

    tuduhan anda bahawa kami menggunakan demokrasi utk menggubal undang2 Islam adalah dusta…. anda 100% tersilap faham. Tiada suara sesiapa pun yang dapat mengatasi suara Allah dlm hal penggubalan undang2. Kalau pun suatu hari gerakan kami berjaya menguasai parlimen. kita akan perjuangkan bahawa hukum Allah itu sifatnya diterima tanpa bangkangan. Apa yg dikatakan sebagai suara majoriti adalah hanya dalam hal-hal lain yang tiada disebut jelas hukumnya oleh al quran.

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jun 03, 2009 @ 10:59:47

      Salam,

      Kami tidak melihat dari kacamata barat tetapi kami melihat demokrasi berdasarkan realiti pemikiran yang dikandung oleh demokrasi itu sendiri dan kami menilainya menurut kacamata Islam.

      Sayang anda melihat demokrasi sebagaimana orang buta meraba gajah. Bila yang dirabanya itu adalah ekornya, maka dikatakanlah gajah itu panjang seperti tali. Bila yang dirabanya telinga, maka dikatalah gajah itu lebar seperti daun keladi.

      Bila dikatakan gajah itu tak sebagaimana yang dianggap… berkatalah dia, “Hang tau apa?”

      Tiada apa yang boleh saya katakan, kecuali, semoga Allah mengurniakan penglihatan yang lebih baik kepada saudara-saudara saya itu.

      Wasalam.

      Reply

  7. wuzara
    Jun 03, 2009 @ 20:22:20

    Inilah cara orang berhujah, suruh baca kitab ikhwan. Kenapa tak suruh baca kitab PAS? Apabila saya keluarkan apa yang saya baca dari kitab2 ikhwan itu sendiri, mereka pula yang tercengang2.

    Demokrasi dengan kacamata Islam?
    Bagaimana Hindu dengan kacamata Islam?
    Bagaimana Komunisme dengan kacamata Islam?
    Bagaimana Punk dengan kacamata Islam?

    Demokrasi hari ini dilaksanakan kerajaan sebagai suatu komponen terpenting dalam perlaksanaan ideologi kapitalisme. Tiba-tiba ada yang mendakwa mereka sebaliknya menggunakannya dengan kacamata Islam. Pelikkan? Gelanggang yang sama, peraturan yang sama, referee yang sama, masa yang sama tetapi satu menyatukan ia Islam satu lagi kapitalisme.

    Apakah PAS tidak menggubal undang-undang? Dalam Parlimen selama ini bukan menggubal undang-undang? Dalam Dewan Undangan Negeri di Kelantan, di Perak, di Kedah dan di selangor takde penggubalan undang-undang ke? Habis tu apa yang dia orang buat, bertekak je ke? Masih nak menafikannya lagi? Di Kelantan dan memerintah berapa tahun pun, dlm skop kuasa kerajaan negeri pun masih guna undang-undang kufur. Nak saya buktikan? Masih nak nafikan anda tidak menggubal undang-undang?

    Inilah akibatnya mereka yang tidak mengikuti thariqah nubuwwah dalam menegakkan Islam, akhirnya mereka menolak thoriqoh tersebut dan menerima demokrasi yang konon diIslamkan.

    Reply

  8. wuzara
    Jun 03, 2009 @ 20:32:40

    Apakah antum masih membenci HT kerana menyangka HT membenci PAS?
    Hatta kalian membenci HT sekalipun, saya tiada hak untuk membenci kalian. Kalian adalah saudara saya yang wajib saya muhasabah jika silap dan sokong jika benar.

    Jika kalian membenci HT, itu bukan hak kalian kerana Allah tidak memberikan hak untuk membenci orang yang memuhasabah kalian. Jika itu yang diajar kepada kalian (kebencian terhadap HT), sesunguhnya itu adalah ajaran syaithon yang dibenci Allah yang wajib kalian hindarkan.

    Reply

  9. thinker
    Jun 05, 2009 @ 04:25:04

    waduh, seru banget diskusinya… smg diskusi kalian masih tetap di jalur islami…

    Demokrasi NO, Islam YES!

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jun 06, 2009 @ 01:45:24

      Salam, terima kasih kerana sudi ziarah dan meninggalkan komentar di blog saya ini.

      Rasanya ana macam mengenali anta.🙂

      Wasalam.

      Reply

  10. thinker
    Jun 07, 2009 @ 04:04:24

    Sudah tentu orang yg terkenal itu dikenali dhong, kakaka (just kidding)…

    Salam kenal, ana gak pasti, samaada kenal atau tidak, yg pasti fikrah kita sama! ahaks….

    Salam ukhwah fillah…

    Tegakkan Syariat, Runtuhkan Sekularisma…. AllahuAkbar!

    Reply

    • fikru1mustanir
      Jun 07, 2009 @ 05:34:13

      Salam,

      Tak silap ana, ana ada pinjam ‘harley-davidson’ anta dalam satu perjumpaan di Khilafah Centre tempohari.

      Amacam kenal ana tak?🙂

      Wasalam.

      Reply

  11. thinker
    Jun 07, 2009 @ 09:50:53

    w’salam,

    La haula wa quwwata illa billah… kelihatannya, nikmat dan pancaran memori tersebut telah ditarik oleh Allah SWT. Ana udah cuba mengingat-ngingat kembali, namun gak berhasil.

    maklum aja, umur udah semakin meningkat… tapi yg pasti, still syabab dhong… hehe
    😕 manusia penasaran… di lembah curam, rantakan kapitalisma

    Reply

  12. fikru1mustanir
    Jun 07, 2009 @ 11:27:38

    Salam,

    Takpe la kalu tak ingat… ana kenal anta pun kerana dulu kat blog anta ada anta letakkan foto anta… so ana kenal la sebab biasa jumpa anta di program-program HT di KL dan Bangi.

    Nanti jika panjang umur, insya’Allah, bila kita jumpa ana akan perkenalkan diri ana.🙂

    Manusia berkesuma waja yang sedang menongkah badai sekularisme dan menahan pedih pancaran perit matahari kapitalisme yang kian merekah!

    Wasalam.

    Reply

  13. thinker
    Jun 07, 2009 @ 19:06:02

    w’salam,

    aduh, blog anta udah dicemari dgn perbualan yg tidak menyangkut paut ni akhi… hehe😀

    bicara pribadi biar di dlm email aja dhong :p nanti ada telinga-telinga yang sedang menjaring ikan di dasar lautan…

    biarkan pesona badai sekulerisma bertatih di hentian ini
    akan tersaksikan sang da’e ketawa terbahak-bahak
    menyaksikan badut-badut dunia menyembah sang mahkota
    disangka mutiara salju

    biarkan hati dan jiwa terbakar kerana menggenggam bara api
    akan terlihat sang durjana batuk terkahak-kahak
    melihat mangsa-mangsa kekufuran melafaz zikrullah
    dilamun syurga yg kekal abadi

    saat itu
    gunung2 yg tinggi terpancang
    hari akan dihancurkan
    gedung2 yg tinggi menjulang
    hari itu akan dibinasakan

    saat itu
    sang durjana melafaz taubat
    sedih dan airmata tidak terkata
    ketika titah telah dilaksana sang peniup sangkakala
    hembusan hari KIAMAT
    bertanda wisel penamat…

    Reply

  14. hmmmmm
    Jun 08, 2009 @ 03:51:53

    teruknya apa yg wuzara tulis…apa yg cuba anda belit-belitkan ?
    penggubalan undang-undang ??..saya tak faham ? apa yg tak kenanya dgn penggubalan undang2 oleh kerajaan pas di kelantan ??..depa rujuk kita veda ke ?..tak rujuk al quran ke ??…kalau depa gubal undang2 yg bertentangan dgn al quran ni suatu ‘kesalahan’….wuzara pun dah jadi org kelantan….patut boleh buat teguran.Anda listkan apa undang2 kelantan yg bertentangan dgn al quran…saya akan cuba bawa muhasabah anda ini……

    saya nak tegur…susah faham tulisan wuzara…anda sering menggunakan kaedah penerangan yang susah difahami…rasanya ia lenggok bahasa yg sesuai dlm halaqah HT anda tu la…bukan bahasa org awam macam kami…

    satu lagi yg saya nampak…
    anda seperti ghairah sangat nak mengulang sejarah…anda kalau boleh nak tempek 100% sejarah kegemilangan Islam silam untuk kerajaan Islam yg anda perjuangkan.Pada saya la…kalau Islam itu sekadar pengulangan sejarah dan pengulangan bulat-bulat apa yg Rasulullah lakukan … maka tiadalah nilai ‘keluasan ijtihad’ yang Rasul izinkan untuk ulama’ atau mujtahid….maka tiadalah sepatutnya timbul khilaf umat Islam di dunia dlm semua perkara…sebab kita cuma perlu tiru bulat-bulat saja Islam dari zaman Rasulullah.Dan tiadalah patut Allah jadikan cabaran yang berbeza kpd umat Islam dari dulu dan kini…sepatutnya cabaran kita stereotype saja supaya kita tidak perlu menggunakan ijtihad atau fikirkan ttg waqi’ atau suasana-suasana baru yg timbul hari ini.

    tidakkah ini menjadikan Islam itu jumud dan tidak dinamik…??

    sekarang saya lihat anda sudah sampai kepada tahap mempertikaikan ijtihad yg dipegang oleh org lain dan secara halus mengatakan seolah-olah ia salah dan tak menepati hukum Islam…ijtihad yg dilakukan itu salah !
    boleh ke anda macam ni ??

    saya menghormati kefahaman anda ttg kaedah maupun bentuk pemerintahan Islam yang anda pegang, walaupun ada bahagian yg tidak dipersetujui tapi saya yakin Allah masih merahmati anda kerana yang dipegang itu adalah lahir dari rasa ingin menjulang sungguh2 agama Allah yang murni ini.

    keadaan yg sama saya rasakan dirasai oleh sahabat2 saya dari pas .tinggal lagi kita berbeza pandangan ttg bagaimana untuk sampai kpd pembentukan pemerintahan Islam yg kita ingin-inginkan.

    Kalau anda tanya saya adakah perjuangan dgn laluan demokrasi ini boleh menegakkan khilafah ?? saya akan jawab mungkin boleh mungkin tidak…tapi inilah usaha yg boleh kami lakukan utk mengajak manusia kembali kepada Allah dan ini lah cara yg boleh kami boleh lakukan untuk mencabar pemerintahan taghut. Soal natijah kpd usaha kami akan kami serahkan kepada Allah…tapi jelas, kami juga bercita-cita tinggi utk kembali bersatu dibawah khalifah….

    konsep negara bangsa oleh barat ini perlu kita hapuskan…negera2 islam yg terpecah kesan penjajahan perlu di satukan semula…dan saya nampak antara usahanya ialah menubuhkan daulah2 Islamiyyah terlebih dahulu sebelum membentuk disatukan di bawah daulah khilafah.

    anda rasa adakah Allah tidak memahami hasrat kami ini ??…atau anda rasa kami salah kerana tidak menepati manhaj atau mengikut thariqah Rasulullah ??

    saya pulangkan pada anda untuk apa2 pun pandangan dan kejian anda terhadap gerakan dan perjuangan kami . sebab pada saya, nilaian anda tak mungkin sempurna sebagaimana nilaian Allah…kita sama-sama manusia yg sifatnya lemah di sisi Allah.Biarkan nasib kami di tangan Allah dan usaha kami dinilai Allah. kami penat berkhilaf dgn HT.

    cumanya untuk anda wuzara,
    kerja-kerja Islam bukan sekadar halaqah dan usrah..
    kerja-kerja islam bukan setakat kita berlama-lama dalam majlis hujah..
    kerja-kerja islam bukan setakat kita didalam kelompok kita yang educated dan seronok berbincang dgn golongan satu level je dgn kita..
    kerja2 islam juga tak cukup menulis di kertas dan di dada komputer sahaja…itu terlalu sempurna bahkan sedikit sangat cabarannya.

    kesesatan cukup banyak dan sungguh membahayakan dlm masyarakat…..turun dan bergelumanglah bersama mereka, disitu ‘keperitan’ yg sebenar yg tidak mudah utk diselenggara.

    supaya di situ….anda tahu untuk ‘sedikit’ menghargai usaha org lain yg cuba membawa maa’ruf dan tidak terlalu mengkritik kerja2 jemaah islam yg lain.

    Pada saya Pas tidak sempurna dan terlalu banyak kelemahannya…tetapi HT…… ???? tak tau lah anda rasa bagaimana….

    cumanya saya tak gemar sikap bertukar-tukar kapal ni…itu sikap orang yg tak sabar dan tidak boleh menanggung kelemahan.Seperti wuzara yg tak habis-habis menyebut ‘cerita lama’nya sewaktu ikut pas satu masa dulu…

    ala…dah bercerai tu sudah la…tak baik cerita keburukan rumahtangga lama….rumahtangga baru ni pun tak tahu jodohnya sampai bila….urusan Allah semuanya…

    maaf jika pandangan saya ni keterlaluan……

    Reply

  15. thinker
    Jun 10, 2009 @ 01:15:42

    salam perjuangan semuanya…

    baik yg berada di jalur atas atau bawah, tengah atau sisi, putih atau hitam… smg kita senantiasa berada dlm asas dan dasar islam Semata, dan bukan yg lain…

    tiada maksud dan tujuan lain, melainkan ingin memberi sedikit komen, ttg apa yg telah didiskusikan (harap ianya bukanlah debat emosi). Mohon teguran jika salah (brdasarkan hukum syara’, bkn emosi), dan harap diambil pedoman jika benar (juga brdasarkan hukum syara’).

    Sesuatu diskusi yg baik dan nyaman, adalah apabila kita fokuskan pd apa yg kita perselisihkan tersebut tanpa mencampur adukkan dengan hal-hal yg tiada kaitannya.

    Jika apa yg ditulis oleh sebelah pihak tidak difahami, dek krn tulisannya yg HLL (High Level Language), maka dipertikaikan sahaja bentuk tulisannya, tanpa mengabaikan tulisannya yg blom kita fahami itu. Kecuali, kalau kita sengaja buat-buat tidak faham. Maaf, sy tidak berniat mmbela sesiapa. Sekadar menyatakan apa yg sepatutnya. Saya juga mohon teguran, jika salah dan silap.

    Agar perbahasan kita ini, masih berada dlm landasan dan jalur yg islami serta menepati metode yg baik, seharusnya perlu diklarifikasi (diperjelas) bbrp hal terlebih dahulu, agar perbahasan ini tidak tercampur aduk dan akhirnya perbahasan ini menjadi kosong yg hanya diselubungi emosi semata. Walhasil, diskusi ini hambar dan berbaur permusuhan. Padahal yg dikehendaki dlm sesuatu diskusi itu adalah kebenaran, dan hanya kebenaran semata.

    ”Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (TQS an-Nisa’[4]: 59)

    Pertama, yg menjadi kontradiksi yg vital dlm diskusi ini adalah berkenaan isu DEMOKRASI. Apa hukum mengambil, menerapkan dan mempropagandakannya (berdasarkan hukum syara’).

    Kedua, berkenaan hukum terlibat dlm penggubalan undang2 di dalam parlimen.

    Ketiga, metode menegakkan Khilafah ISlamiyah (DAulah Islamiyah). Bolehkah mendirikan Daulah dengan satu persatu ditegakkan daulah islam?

    Keempat, Keluasan ijtihad para mujtahid.

    Kelima, masalah khilaf. Adakah semua blh khilaf?

    *****

    Pertama, apa takrif demokrasi?

    Adakah DEMOKRASI itu pilihanraya? Syura? Atau… bla… bla…

    Seharusnya takrif demokrasi dikembalikan kpd makna asalnya.

    Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah negara tersebut.

    Salah satu pilar demokrasi adalah prinsip trias politica yang membagi ketiga kekuasaan politik negara (eksekutif, yudikatif dan legislatif) untuk diwujudkan dalam tiga jenis lembaga negara yang saling lepas (independen) dan berada dalam peringkat yg sejajar satu sama lain. Kesejajaran dan independensi ketiga jenis lembaga negara ini diperlukan agar ketiga lembaga negara ini bisa saling mengawasi dan saling mengontrol berdasarkan prinsip checks and balances.

    (rujuk : wikipedia/Indonesia. Klik)
    http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

    Jadi, Demokrasi, bukan semata2 pilihanraya! Tapi, pilihanraya hanya salah satu mekanisme dlm system Demokrasi itu sendiri.

    Syura? Jelas sekali TIDAK! Malah jauh panggang dari api. Jadi, berdasarkan pd takrif di atas, bagaimana Islam memandangnya?
    Firman Allah SWT:
    “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (TQS an-Nisa’[4]: 65)
    “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (TQS an-Nisa’[4]: 58)
    “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat.’ (TQS an-Nisa’[4]: 105)
    Dan banyak lagi ayat-ayat al-quran yg mengHARAMkan bg manusia utk berhukum pd selain hukum yg diturunkan (baca : ditetapkan) oleh Allah SWT. Misalnya dlm surah Asy-Syura[42] ayat 10, Al-Ahzab[33] ayat 36, al-Maidah[5] ayat 48, An-Nisa’[4] ayat 60, al-Anfal[8] ayat 24, an-Nisa’[4] ayat 115, n-Nur[24]: 51.

    Hukum perbuatan terkait pd 5 perkara, samaada:

    Wajib… wajib ke demokrasi ni? TIDAK!
    Mandub… mandub/sunat ke demokrasi ni? TIDAK!
    MAKRUH… juga TIDAK!
    Mubah… memang juga TIDAK!
    HARAM… memang HARAM! Yes, ia HARAM!

    Al-Aslu Fil Af’al Taqoiyadu Bihukmu As-Syar’e
    (Asal setiap perbuatan terikat dgn hukum syara’)

    Hukum mengambil, menerapkan dan mempropagandakannya (mendakwahkannya) adalah HARAM!

    Ini perlu difahami terlebih dahulu…

    Reply

  16. thinker
    Jun 10, 2009 @ 01:17:13

    Kedua, berkenaan hukum terlibat dlm penggubalan undang2 di dalam parlimen.

    “Eh, saya tidak membuat undang2 yg bertentangan dgn hukum islam di dlm Parlimen!”, jwb seorang ahli Parlimen.

    Pertama, utk menjadi ahli Dun atau Parlimen… harus menang dlm pilihanraya. Di situ sahaja, sudah HARAM, krn duit pertaruhan yg digunakan jelas HARAM krn ia termasuk dlm perjudian.

    Kedua, setelah menang… seorang (yg menang itu tadi), harus terikat (setelah bersumpah) dgn perlembagaan (yg jelas kufur).

    Ketiga, setelah berikrar… seorang itu tadi, duduk di dalamnya dlm kapasiti penggubal undang2. Apakah hak manusia utk meletakkan hukum Allah (jika dia mengaku pejuan islam) sbg suatu pertikaian di dlm Parlimen, yg mencari suara majority utk melaksanakan hukum Allah dan Rasulnya? Bukankah jawapan orang2 beriman itu adalah sami;na wa’ato’na tanpa ada pertikaian?

    Reply

  17. thinker
    Jun 10, 2009 @ 01:17:49

    Ketiga, metode menegakkan Khilafah ISlamiyah (DAulah Islamiyah).

    Hanya satu yg dpt saya katakan… Hey Guys dan orang-orang beriman! KITA ada RASUL sbg suri tauladan. Apakah Allah dan Rasulnya zalim, sehingga tidak meninggalkan sebarang jejak utk kita ikuti?

    Ketika Allah SWT memerintahkan kpd kita agar solat… RasulNya bersabda:

    “… solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (Al-Hadis)

    Begitu jugalah dlm meniti perjuangan utk menegakkan Daulah Islamiyah. Adakah dgn Demokrasi? It’s NOT buddy. Menggunakan yg haram utk kefardhuan jelas bathil. Padahal… ada jalan yg syar’e di depan mata.

    Malah, sehingga hari ini… jika PAS benar2 ingin menegakkan Daulah ISlamiyah… belum ada satu pun keterangan dan penjelasan dari PAS ttg bentuk Negara Islam (Daulah ISlamiyah) yg berdasarkan manhaj kenabian.

    “Eh, lu ni… kolot dan syadid lah… itu zaman nabi… skrg zaman dh berubab! Dulu naik unta, xkan skrg pun nak naik unta”

    Itulah sebabnya… harus difahami mana yg blh diambil dan mana yg tidak blh diambil. Solat itu kan wajib. Dan kewajipan itu tidak pernah berubah, bertambah atau berkurang. Dulu, majority muslim menggunakan jubah, dan skrg ni… blh je memakai berbagai-bagai sarana pakaian yg HALAL utk menutup aurat. It’s MUBAH! Tapi… kewajipan itu tetap dan baku sehingga hari KIAMAT. Begitu juga dgn metode (thariqah bukan uslub ok!) menegakkan Daulah Islamiyah.

    Reply

  18. thinker
    Jun 10, 2009 @ 01:18:26

    Keempat, Keluasan ijtihad para mujtahid.

    Saya tidak berniat untuk membahaskan tentang makna dan takrif ijtihad dan mujtahid itu sendiri. Apa yang ingin saya sampaikan cuma ringkas, iaitu… tidak semua perkara boleh diijtihadkan! Apa yang diijtihadkan adalah dlm skop yg zhanni bukan qot’e.

    Dengan dalih ijtihad dan masalah ijtihadiah banyak orang yang akhirnya bersifat permisif terhadap keragaman pendapat. Padahal, benyak pendapat dalam masalah itu adalah menyangkut hal-hal yang bersifat qath‘i, bukan lagi zhanni. Contohnya perbezaan pendapat di kalangan kaum Muslim tentang sistem pemerintahan Islam. Ada sebahagian kaum Muslim berpendapat bahwa penerapan Islam dapat diwujudkan dalam koridor sistem pemerintahan apa pun, baik kerajaan, republik, kekaisaran, federasi, dan sebagainya. Sebahagian yang lain berpendapat bahwa syariat Islam tidak wajib diterapkan secara struktural dan formal, yang penting adalah substansi (content) dan nilai-nilainya. Sebagian lagi berpendapat bahwa penerapan syariat Islam boleh dilakukan secara bertahap, bukan serentak. Perbezaan-perbezaan pendapat dalam hal seperti ini sesungguhnya adalah perbezaan pendapat yang dilarang dalam Islam. Sebab, masalah sistem pemerintahan di dalam Islam bukanlah termasuk masalah ijtihadiah. Nash-nash syariat yang sharih (jelas) telah menyatakan bahawa sistem pemerintahan di dalam Islam adalah Khilafah Islam, bukan sistem yang lain.

    Reply

  19. thinker
    Jun 10, 2009 @ 01:18:47

    Kelima, masalah khilaf. Adakah semua blh khilaf?

    Jawapannya TIDAK! Ada yg boleh bila mana yg dikhilafkan itu melibatkan dalil-dalil yg zhonni, dan tidak blh pula berkhilaf dlm hal-hal yg qot’e. Seperti… boleh ke kita menggunakan metode demokrasi untuk menegakkan daulah Islam?

    TAK BOLEH!

    Rasulullah saw bersabda:

    “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara samar (syubhat/tidak jelas halal haramnya) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya….” (Hadits riwayat Bukhari no. 52, 2051 dan Muslim 1599)

    Di dalam islam tidak mengenal “Matlamat menghalalkan Cara”. Halal is Halal. Haram is Haram. Tidak akan pernah berubah yang halal kepada yang haram, dan begitu juga sebaliknya.

    Wassalam…

    Reply

  20. wuzara
    Jun 10, 2009 @ 01:21:14

    Kalau mungkin masa pertama kali baca luahan rasa hmmm… saya akan terpancing dengan tulisannya.

    Memang ia laras bahasa seorang wanita melepaskan geramnya. Tapi dah banyak kali, saya cuma tersenyum saja.

    Anda tak tahu apa yang saya buat, pertemuan kita hanya di alam maya. Jadi tak perlulah anda persoalkan apa yang saya buat.

    “Sedih dan rugilah mereka. Siapa mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda, “Mereka adalah orang yang mengulurkan pakaiannya hingga di bawah mata kaki dengan kesombongan, orang yang suka mengingat-ingat pemberian, dan orang yang mengembangkan hartanya dengan sumpah dusta.” (HR. Muslim).

    Saya tahu dengan orang seperti anda, apa pun hujah yang diberikan hatta tidak mampu anda nafikan, selagi mana tok guru tidak mengiyakan, selagi itulah anda akan turutkan. Alasannya, perbezaan pandangan. walhal sebenarnya yang kita bincangkan bukan perkara yang ijtihadiah. Hukum kufur bagaimana nak diislamkan?

    Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).

    Oleh itu, kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran, dan meninggalkan kebathilan. Jauhkan dari godaan syaithan yang sentiada menyeru ketaksuban dan keraguan, ameen.

    Reply

  21. wuzara
    Jun 10, 2009 @ 01:32:36

    FM, Thinker…

    Nampaknya ‘pemuda’ blogger kena buat gathering aaa camni.
    kih kih kih…

    FM, kita pernah ketemu ke?🙂

    Reply

  22. hmmmmm
    Jun 12, 2009 @ 03:13:26

    hmmmm….

    sekarang saya faham kenapa ada sahabat mengatakan org HT tak payah la layan, dan saya lebih faham bila sekarang pemuda kelihatan dingin dan diam terhadap serangan HT

    saya nampak tak de kesudahan dan tiada keuntungan utk Islam…

    menuduh org lain taksub tapi lupa pada diri sendiri…
    laju muhasabah orang tapi sensitif bila dimuhasabahi…
    membatilkan pandangan orang tapi sombong dgn pandangan sendiri..
    kalian lebih sesuai di majlis sendiri…
    saya undur diri….

    saya dan ramai pemuda letih dgn sikap org HT…

    anda boleh teruskan serangan anda,
    saya hilang minat bertukar pandangan lagi,
    semuanya sekadar mengguris emosi
    sedang tiada kebaikan utk perjuangan saya ini…

    maaf dan shukron FM selama memberi laluan untuk saya di sini..

    Reply

  23. Fikrul Ummah
    Jun 13, 2009 @ 00:42:30

    Bab haramnya Demokrasi 2 pon jadi khilaf?

    Pelik btol ana nie dekat korang sumer……

    Dah tau yg Demokrasi 2 ciptaan Barat, tinggalkanlah.

    Kita sbg umat Islam haram mengambil hadlarah selain drp hadlarah Islam itu sendiri, mcm ideologi, cara hidup, sistem ekonomi dan sbgnya….
    Lain pula halnya seperti madaniyah cthnye PC, handphone, kereta dan sebagainya, memang x haram utk kita ambik malah digalakkan pula.

    Bagi ana, demokrasi 2 x lain hanyalah SAMPAH PERADABAN (maaf, kasar sikit bunyinye) Dah terbukti yg mana ada 1 kerajaan pon yg boleh terapkan syariah secara kaffah dengan jalan demokrasi… x cukup lagi ker dengan isu kat PERAK 2? atau HAMAS di Palestin yang menang tetapi x diiktiraf? Mampukah mereka menerapkan syariah?

    Bagaimana nak amik kerajaan tanpa demokrasi?

    Senang jer, jwpnnye, ikut thariqah Rasulullah SAW kerana Baginda shj lah yg dpt terapkan Islam secara kaffah & berjalannya sistem Khilafah sehingga Kesultanan Uthmaniyyah yg terakhir, kurang dari 100 tahun dahulu.

    Jika kita teliti, dakwah Rasulullah SAW ada 3 marhalah (peringkat) iaitu :

    1. Pembentukan parti politik
    2. Interaksi dengan masyarakat spt siro’ul fikri, kifahus siyasi & tabanni marsalih ummah (maap x dpt nak terangkan dlm nie, panjang sangat, maklumlah ana student lagi, x cukup masa)
    3. Akhir sekali, proses thalabun nusrah iaitu pengambil alihan kuasa.

    Maaf khi, memandangkan masa ana x cukup disini, ana syorkan akhi 1 Kitab yg ana rasa cukup bermanfaat kpd anta utk dibaca. Anta trylah cari kitab Demokrasi Adalah Hukum Kufur : Haram Mengambil, Menggunapakai atau Menyebar luaskannya oleh Syeikh Abdul Qadim Zallum. Harap ia bermanfaat utk anta. Kat mana nak download? anta try survey kat Laman Web HT Indonesia, takut2 ade ker. maaf, ana terlalu sibuk utk cari link download 2. Insya Allah, kalau ana berkesempatan, ana akan cari.

    Wassalam……..

    Reply

  24. wuzara
    Jun 14, 2009 @ 20:24:04

    Salam…

    Beginilah sikap sesetengah sahabat saya dari Parti Islam Semalaysia, di alam nyata pun sama. Pada peringkat awal, ghairah nak berhujah dengan saya, tetapi apabila kalah hujah, alasannya inikan ijtihadiah, habis semua jadi ijtihadiah. Riba’ pun ijtihad, menerapkan hukum kufur pun ijtihad, sambut perayaan kufur pun iktihad, kafir dzimmi tak kena hudud pun ijtihad, apalagi pun ijtihad. Sampai ada sahabat saya dari PAS berkata, ” ko kena bincang ngan kepimpinan PAS, orang PAS ni selagi pemimpin dia tak setuju, dia takkan setuju”. Haa…. adakah ini sikap menghormati pemimpin atau taksub kepada pemimpin?

    Sampai dah kalah hujah sekalipun, mereka nak mempertahankan pandangan ulama’ mereka. Tidakkah ini namanya taksub? Dan ramai diantara mereka apabila berhadapan dengan saya, hanya berhujah secara emosi, sinis dan menghentam peribadi. Jarang sekali yang berhujah secara ilmiah, mengeluarkan dalil demi dalil dan dengan kaedah ushool yang benar.

    Samada anda mahu menerima atau tidak, itu sebenarnya bukan pilihan anda. Anda wajib menerima kebenaran, dengan menilai dalil syar’ie bukan sekadar mempertahankan pandangan ulama’ anda. Kata2 kalian berjuang untuk Islam bukan Parti, terjemahkanlah dalam tindakan bukan retorik semata kerana apa yang saya lihat anda tetap mempertahankan tibdakan ulama’ kalian walaupun tahu ia silap.

    Apa pun saya akan terus berdakwah kepada ummat. Jika kalian tidak mahu menerima teguran kami, maka jadilah kalian golongan yang sombong tidak mahu menerima taguran. Tetapi bagi saya, ini adalah kewajipan saya yang perlu saya tunai sebelum saya mati dipanggil tuhan.

    Reply

  25. wuzara
    Jun 14, 2009 @ 20:36:08

    salam…

    Ulama’ aliran PAS, mereka memegang pandangan bahawa sesuatu perkara yang wlaaupun asalnya haram tetapi terdapat kemaslahatan dan (pada pandangan mereka) selari dengan maqasid syariah, maka perkara tersebut adalah diperbolehkan. Inilah asas cara berfikir mereka yang dari asas ini dibangun pelbagai tindakan tindakan politik mereka.

    Dari aspek ekonomi, mereka membenarkan ‘perbankan Islam’, terlibat dengan urusniaga riba’ dan perkongsian kapitalisme dengan alasan ia sesuai dengan maslahah ummah.maqasid syarriah.

    Dalam aspek politik, mereka menghalalkan demokrasi, kerjasama parti kufur, bukan Islam sebagai ahli, kerajaan perpaduan, penerapan hukum kufur bertahap2 juga dengan pandangan ia sesuai dengan maqasid syarriah.

    Bagi ahli mereka yang rata-rata kurang memahami, sekadar bersetuju akibat terpesona denga sosok luaran seorang yang digelar ulama’. Pada mereka dalil itu tidak penting apabila tok guru mereka telah memberikan pandangan. Saya percaya, ketaksuban ini akan pudar, cepat atau lambat saya tidak tahu. Mereka telahg diajar puluhan tahun inilah ulama’ yang memperjuangkan Islam di Malaysia, memang agak sukar untuk menampakkan kesalahan pemikiran ulama’ tersebut walaupun mereka sendiri melihatnya dengan nyata.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: