Elegi Buat Hamzah al Khatib.
01 Jun 2011 3 Comments
by fikru1mustanir in Antarabangsa, Berita, Puisi, Ulasan Isu, Video Tags: Elegi buat Hamzah al Khateb, foto hamzah al khatib, gambar hamzah al khatib, hamzah al khatib kanak-kanak yang dibunuh kejam oleh rejim bashar al assad, kisah hamzah al khatib, Penghormatan terhadap Hamzah al Khateb, puisi perjuangan, sajak perjuangan, Sajak revolusi syria, video hamzah al khatib
Elegi Buat Hamzah al Khateb.
(Pejuang muda yang gugur angkara kekejaman rejim Bashar al Assad yang membaham musuh-musuhnya tanpa mengenal usia.)
Pernah kau pinta keluargamu
wang untuk si miskin itu
walau mereka menolak
(merekapun miskin juga)
namun kau terus mendesak
lalu keluarlah kata-kata
yang penuh keprihatinan
yang melimpah kasih insan
refleksi kebesaran jiwa
dari dedaun lidahmu
yang masih pucuk itu:
“Kita punya rumah dan makanan
sedang si miskin itu tak punya sesuatu.”
Namun di kubang haiwan
tempat kau dibenam kejam, untukmu
haiwan yang menerkam
kasih dan sayang itu
tak pernah mereka tahu
kerana mereka adalah batu dan kayu
unggun neraka yang buta, pekak dan bisu.
Redup mata dan comel wajahmu
tak jaya membunuh kuman
yang meratah hati mereka
yang hanyir berbau.
Basah mata bapamu
kesedihan telah menghancurkan
hatinya selumat debu
tika menatap wajah terakhirmu.
Pemergianmu yang satu
baginya bak kehilangan anak seribu.
Sungguh
aku cemburu dengan pemergianmu
dalam usia semuda itu
(kau baru 13 tahun tika itu)
kematian yang mulia
telah sudi mengangkat namamu
setinggi peterakna Hamzah Assadullah
kerana kau adalah Penghulu Syuhada’
sepertinya di Syurga Allah.
Sungguh
Hamzah al Khatib, anak ku
pengorbanan muliamu
adalah belati yang akan menghiris
kerongkong kekuasaan hitam
Bashar yang kejam.
Pasti!
FM
Dari Jendela Revolusi
2 Mei 2011.
Nota:
Untuk mengetahui kisah anakanda as Syahid Hamzah al Khatib sila ke http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/05/201153185927813389.html
Saksikan kesan jenayah kejam rejim Syria ke atas tubuh kanak-kanak yang comel itu. Sesungguhnya kutukan Allah terhadap penjenayah yang tergamak melakukan kekejaman ini.

Aug 04, 2011 @ 11:53:32
Sedih
Aug 24, 2011 @ 18:42:04
Alfatihah, dari balik jendela Syria.
Aug 25, 2011 @ 11:13:36
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga eidul fitri tahun ini adalah yang terakhir bagi umat Islam syria berada di bawah kezaliman rejim Bashar.