Nasib Si Durhaka.
14 Feb 2011 Leave a Comment
Salam,
Berita tentang jatuhnya Hosni Mubarak semua telah tahu. Ia adalah berita hangat yang mengemparkan dunia sekarang ini.
Beliau sepanjang pemerintahannya sentiasa melindungi kepentingan barat dan Israel dan mengorbankan kepentingan Islam dan rakyatnya sendiri. Tapi apakah yang beliau perolehi dari sahabat-sahabat yang bergitu rapat dengannya dahulu? Semua mereka telah meninggalkannya…termasuk Amerika!
Susuk tubuhnya sekarang menjadi bahan jenaka oleh rakyat dan yang ironinya pihak yang sentiasa dijaga kepentingannya oleh beliau semasa berkuasa juga turut mempersendakan beliau.
Bergitulah nasib si durhaka kehinaan di dunia telah nampak nyata, di akhirat azab yang pedih dari Allah menanti pula.
Beliau bermula bak sang harimau perkasa. Akibat durhaka, berakhir dia seperti keldai yang hina!
Semoga kisah beliau dijadikan tauladan oleh pihak tentera yang berkuasa sekarang ini. Harap mereka dapat merenungi nasib yang menimpa dua orang pelindung ‘Perjanjian Damai Camp David’ sebelum ini. Rakyat Mesir yang mulia itu tidak akan membiarkan mereka jika pengkhianatan kepada Islam berlaku secara nyata.
Wasalam.
Komentar