Dadah: Umpan Penderitaan
20 May 2009 19 Comments
in Puisi Tags: dadah, nasihat, Puisi, sajak, sajak dadah, sajak nasihat
Dadah: Umpan Penderitaan
Sapaan pertama nikmat
Dengan haruman kembang setaman
Sapaan seterusnya laknat
Sumpah seranah penyesalan.
Sentuhan pertama bahagia
Dengan warna-warna penghias khayalan
Sentuhan seterusnya derita
Keluh kesah kesengsaraan.
Kecapan pertama surga
Dengan gemersik petikan kecapi
Kecapan seterusnya neraka
Api pemusnah harga diri.
Dari puncak kemuliaan
Kau seret pemujamu ke lembah kehinaan
Dari gedung kemanusiaan
Kau sesatkan korban ke rimba kebinatangan
Dari samudera kehormatan
Kau hanyutkan bahtera ibunda ke lubuk keserakahan
Dadah!
Kau adalah syaitan yang menjanjikan kepalsuan.
Wahai kawan,
Sedarlah hidupmu punya misi
Untuk meraih redha Illahi
Engkau juga punya visi
Tuntunan dari samawi
Walaupun hidup penuh liku
Hanya syariat penyelesaian buatmu
Jika kau pilih jalan keparat
Kelak dirimu menjadi bangsat
Dadah bukan sahabat, yang boleh dijadikan tongkat
Sekali kau terpikat, selamanya kau terikat
Dadah bukanlah teman, yang setia untuk diganding tangan
Sekali kau tertawan, kau lah hamba dia lah tuan
Dadah!
Kau adalah umpan jerangkap syaitan
Sedap mengecap di permulaan
Derita menyelinap di hujung jalan
Di pintu gerbang melambai khayalan nikmat
Pahit dan sengsara menerpa di garisan penamat
Fikrul Mustanir
Mei 2009
Jun 24, 2009 @ 01:36:03
sangat baik hingga tidak dapat terungkap…
Jun 24, 2009 @ 03:23:07
Terima kasih.
Jun 24, 2009 @ 03:52:30
okay….lagipun via nak ambil sajak fikrul ni…untuk pertandingan kat skola…thank you….
Jun 24, 2009 @ 06:32:24
Silakan.
Jun 25, 2009 @ 03:13:11
thank you…..doakan via agar via dapat menyampaikan sajak ni dgn baik…..
Jun 25, 2009 @ 03:42:58
Mudah-mudahan via berjaya.
Feb 04, 2010 @ 12:15:25
very good …. i ned this for a sajak contest …. u helped a lot ….. hope to find mre items from u
)
Feb 07, 2010 @ 06:00:26
Hi joanne,
Thanks for ur appreciation!
Hope to hear more from u about the contest.
Feb 07, 2010 @ 10:47:34
Hmmmm….bagusnya sajak kamu.Saya hendak pinjam untuk pertandingan sajak minggu kemanusiaan kat sekolah.Harap boleh ye.
Cheers….=)Hoping to hear more…hehehe
______________________________________________________
A tiger shows its true stripes with its fur and skin,
but a man shows his true stripes with action of himself.
-ANYNOMOUS-………=P
Feb 07, 2010 @ 11:18:50
Silakan….:)
Sambil itu lihat-lihatlah karya saya yang lain-lain di blog ini, saya kira banyak kebaikan yang boleh diperolehi darinya.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pahala.
Apr 12, 2010 @ 03:54:55
OKEY KE KEYOW
Apr 13, 2010 @ 01:52:06
ok kot?…eh apa yang kau merepek ni Labu?
Apr 20, 2010 @ 09:16:10
saya nak pinjam jugaklah sajak ni tuk pertandingan …bolehn ye…terima kasih…
May 06, 2010 @ 09:12:19
eehh sedapnya sajak ni hehe
Jun 21, 2010 @ 09:17:24
amat baik…minta izin saya ambil untuk tugasan anak saya di sekolah.
Jun 21, 2010 @ 12:43:14
terima kasih…silakan.
Sep 06, 2010 @ 08:55:58
Sangat bagus!! Tahniah..
Minta izin utk copy n post dlm fb saya.
Sep 07, 2010 @ 02:56:16
Silakan…:)
Mar 07, 2012 @ 10:47:44
saye dah amek ye,, minta izin dri fakrul