Warkah Hari Guru 2009
15 May 2009 7 Comments
in Puisi Tags: guru, hari guru, madah hari guru, Puisi, sajak, sajak hari guru, warkah hari guru
Warkah Hari Guru 2009
Ke hadapan pelukis yang melakarkan
rona ragam manusia masa hadapan
“Selamat sejahtera, cikgu!”
Kalimat itu masih tergiang di telingaku
walaupun baju seragam sekolahku
yang dahulu ku pakai setiap hari, telah ketat kini.
Cikgu,
Ah, terlalu besar nama itu
di setiap lurah dan lembah
di setiap teratak dan rumah
di setiap pelusuk kota dan desa
jasamu pasti ada bertahta di sana.
Cikgu,
Kata mereka kau ibarat pelita
tapi bagiku kau lebih dari itu
pelita akan padam bila minyaknya tiada
tapi kau adalah permata kalbu
bercahaya tanpa kehabisan minyak dan sumbu
selama kau masih bergelar GURU.
Cikgu,
Cuma satu pesan ringkas tapi ikhlas dariku
jangan sekali kau kencing berdiri
kelak pelajarmu kencing berlari.
Cikgu,
Jadikanlah warkah ini, prosa berharga
untuk tidak berkongsi dosa.
Terima kasih, cikgu!
Yang mengenang jasamu,
aku
FM
Mei 2009
Nota:
مَنْ سَنَّ فِي الإ سْلاَ مِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَ جْرُهَا وَأَ جْرُ مَنْ
عَمِلَ بِهَا ، وَ مَنْ سَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعَلَيْهِ ِوزْرُ هَا وَوِزْرُ
مَنْ عَمِلَ بِهَا
“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya. Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang jelek, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” [HR.Muslim]
May 17, 2009 @ 12:25:08
salam….
enta dah ada blog rupanya, awat dok habaq…
ana tak pandai sajak2 ni, tapi zaman sekolah dulu berpantun ana johan.
Kuah daging taruk rempah,
dah blogging gi halaqah.
May 17, 2009 @ 13:37:44
Salam,
Taruk rempah dalam bubur
Dalam halaqah jangan tidur!
Hehehe…dalam maksudnya tu. Orang yang mengalami saja yang faham maksudnya…hehehe.
Wasalam.
May 17, 2009 @ 13:42:21
Pasal tak beritahu tu…ana malas nak heboh2…kalau heboh nanti takut sampai dalam khilafah.com pun ada link blog ana!…hehehe, gurau aja.
May 20, 2009 @ 23:15:52
salam,
saya ambik sajak ni utk buletin sekolah….nak ambik free je, bayaran tuntut kat Allah sebab saya ambik atas kerja dakwah.
tapi menyampah dgn sajak monyet kera….tak ‘berakhlak’ saya rasa.
May 21, 2009 @ 04:17:25
Cikgu,
Cuma satu pesan ringkas tapi ikhlas dariku
jangan sekali kau kencing berdiri
kelak pelajarmu kencing berlari.
““““““““““““““““
ni betol-betol tak kenang budi,
kalau guru kencing berdiri
tak boleh ke tolong cuci ?
tak cerdik ke yg pi kencing berlari ?
guru pun kadang2 ada kelemahan diri,
kalau anda murid berbudi dan ingin berbakti,
bantu guru seikhlas hati,
lindungi mereka dari mengaibkan diri,
tegurlah mereka dgn hikmah sekali,
InsyaAllah andalah murid mithali.
lainkali kalau guru kencing berdiri,
jangan anda nak kencing berlari,
nanti kedua-duanya Allah tidak redhai…
keduanya Allah murkai…
rugilah guru dan murid itu nanti….
salam perjuangan !
myhoney
May 21, 2009 @ 06:02:31
Salam juang cikgu Mahani,
Terima kasih kerana singgah dan meninggalkan komentar di blog saya ini.
1) Mengenai sajak ‘Sengketa monyet dan kera’ hanyalah luahan rasa saya berkenaan realiti yang berlaku. Sistem kehidupan merupakan acuan kepada perbuatan manusia. Sekiranya sistem kehidupan itu buruk maka akan lahirlah tingkah-laku yang buruk bagi sesiapa yang berpaut kepadanya.
Oleh itu, untuk tidak digambarkan sebagaimana yang saya metaporakan dalam sajak itu hendaknya kita sebagai Umat yang mulia bertindak keluar dari ‘sarkas’ yang diciptakan oleh ideologi kapitalisme itu.
2) Untuk bait “jangan sekali kau kencing berdiri, kelak pelajarmu kencing berlari”, bukanlah bermakna saya tidak mengenang budi dan jasa para guru. Ia hanyalah ingatan kepada mereka untuk berhati-hati dalam mendidik murid mereka. Supaya tidak memberikan ajaran yang tidak baik (pemikiran-pemikiran yang tidak Islami) yang akan menjadi ‘sunnatan saiyiatan’ (sunnah yang buruk) kerana jika murid mereka melakukan perkara tersebut guru juga akan mendapat dosa sebagaimana pelakunya.
Memang semestinya apa yang cikgu ajar itu dipertimbangkan oleh murid samada wajar atau tidak untuk dituruti. Namun tak semua murid sebijak puan bagi yang tidak sebegitu dikhuatiri akan mengikut ajaran salah guru secara membuta-tuli.
Bait tersebut hanyalah bidalan biasa dalam khazanah bahasa Melayu oleh itu rasanya taklah ‘vulgar’ untuk saya selitkan dalam sajak saya.
3) Dengar cerita dah pandai buat tapai sekarang ni…tentu enak rasanya ya!
Wasalam.
May 21, 2009 @ 09:28:15
1) Kasar sangat saya rasa bahasa sajak anda dalam kera dan monyet tu ….pun ia masih hak anda kerana itu sajak anda.
Ia luahan hati anda, bukan luahan hati saya….
sarkas yg anda gambarkan adalah ‘medan tempur’ bagi saya dan parti saya….makanya kami tak lari keluar, tapi kami ‘gempurrrr’….
2) utk sajak guru kencing berdiri tu, supaya murid tahu tingkah guru yang mana patut dicontohi dan yang mana patut dijauhi. lagi satu supaya sang murid sedar diri bahawa guru adalah manusia biasa yang boleh salah bila-bila masa. Jadi antara guru dan murid kedua-duanya perlu saling ‘jaga menjaga’.
Perumpamaan yang terdapat dalam khazanah melayu lama kekadang tak sempurna kerana tidak di beri ‘roh’ agama. Boleh dibaca tapi tak semuanya boleh diguna